Wednesday, February 1, 2012

KOTA BHARU SENTRAL


 
Location
Bandar Baharu Tunjong, 15150 Kota Bharu, Malaysia
About
KOTA BHARU SENTRAL (KB Sentral) merupakan suatu projek pembangunan bersepadu yang berkonsepkan bandar dalam bandar seperti projek KL Sentral dan Bandar Mid-Valley di bandar raya Kuala Lumpur. Projek ini akan bermula pada Jun/Julai 2012.
Description
KOTA BHARU SENTRAL (KB Sentral) merupakan suatu projek pembangunan bersepadu yang berkonsepkan bandar dalam bandar seperti projek KL Sentral dan Bandar Mid-Valley di bandar raya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Contoh lain ialah pembangunan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Bukit Bintang City Centre (BBCC) di pusat bandar raya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

KB Sentral terletak kira-kira lima kilometer ke selatan pusat bandar raya Kota Bharu berhampiran Wakaf Che Yeh dan juga Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim. Pembangunan KB Sentral merupakan sebahagian daripada projek Bandar Baharu Tunjong yang melibatkan kawasan seluas 2,000 ekar di selatan bandar raya Kota Bharu.

KB Sentral akan dibangunkan di atas tapak seluas 42 ekar melalui enam fasa dan fasa pertama akan bermula pada Jun atau Julai 2012. Keseluruhan projek ini akan siap sepenuhnya dalam tempoh lima sehingga tujuh tahun.

Projek mega ini merupakan sebuah projek usahasama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation Sdn Bhd (TDC), dan Sara-Timur Sdn Bhd.
Parking
Street
Parking Lot                                                                                                   sumber: FB

4 comments:

  1. for better or worse... ak tok tahu... slot kdai dkt kb mall pn bnyk ag..

    ReplyDelete
  2. bilo ntah... 30 tahun lagi kot bru bleh... haha

    ReplyDelete
  3. palim lamo 15 tahun... lau x siap lg linkop la

    ReplyDelete