PENGENALAN KELANTAN DALAM BLOG "KALU NOK KENA KLATE MASUKLAH BLOG NIE, MACE-MACE ADO"
Tuesday, February 28, 2012
Taman Tema Air Mini
Di kelantan terdapat juga taman tema air mini yang terletak dalam daerah Tumpat. Walaupun taman tema air ini tidak sehebat taman tema air di negeri lain seperti Taman Wet World Shah Alam atau Bukit Merah Lake Town Resort, namun sekurang-kurangnya dapat juga ibu bapa membawa anak-anak untuk aktiviti riadah air. Taman tema air mini ini dikhususkan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja.Di setiap hari mengikut waktu yang tertera :
* Jumaat - Sabtu jam 8.00 am hingga 7.00 pm
* Ahad - Khamis jam 5.00 pm hingga 7.00 pm
Bayaran masuk adalah percuma bagi penginap chalet manakala RM 2.00 / jam bagi yang tidak menginap di chalet.
Sunday, February 26, 2012
Selebriti Meriahkan Karnival ARMY
Ismail (tiga,kanan) dan Danny (dua,kiri) menunjukkan jersi yang akan dipakai dalam perlawanan amal sempena Karnival ARMY pada Sabtu ini. |
KOTA BHARU – Satu perlawanan amal
bertujuan mengutip derma bagi disumbangkan kepada penyokong bola sepak
Kelantan yang ditimpa musibah antara beberapa aktiviti menarik yang akan
memeriahkan sambutan ulang tahun pertama Akademi Al-Hambra Red Warriors
(ARMY) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 25 Februari ini.
Pengerusi ARMY Datuk Ismail Md Noor,
berkata, selain perlawanan amal melibatkan pasukan pasukan orang
kenamaan (VIP) menentang pasukan selebriti, turut berlangsung ialah
perlawanan persahabatan antarabangsa, Kelantan menentang kelab Singapore
Armed Forces (SAF) pada sebelah malam tersebut.
“Kutipan derma hasil jualan tiket RM2
(terbuka) dan RM20 (astaka) akan disalurkan terus kepada Tabung
Kebajikan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa). Ia akan disumbangkan
kepada penyokong Kelantan yang ditimpa kemalangan selain anak seniman
agung terkenal Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Sazali yang terlantar
sakit akibat kemalangan dua bulan lalu.
“Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa
dijangka merasmikan karnival tersebut. Serentak dengan itu juga
berlangsung majlis menandatangani perjanjian kerjasama (MoU) di antara
pihak Kafa dengan pemaju yang akan membina stadium baru. Turut
berlangsung ialah majlis penyerahan tajaan Mamee selaku penaja baru The
Red Warriors pada musim ini.
“Acara sampingan lain ialah pertunjukan
gasing terbang selain pameran oleh barisan penaja. Orang ramai yang
berminat untuk berniaga juga boleh menyewa gerai jualan yang disediakan
dan mereka boleh menghubungi pihak Kafa bermula sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang
media di Kota Bharu semalam. Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pengarahnya,
Azlan Mohd Yusoff dan Husin Deraman, Danny X-Factor serta Pengurus
Pasukan Selebriti, Nik Radhi Nik Abdullah.
Antara selebriti lelaki yang akan
beraksi ialah Ridzuan Hashim, Yantzen, Danny X-Factor, Fizo Omar, Syed
Aiman, Kaza, Zahid AF, Hairi Kool, Zimi Sofaz manakala selebriti wanita
ialah Ramona Zam Zam, Mas Muharni, Aida AF dan Mimi Ernida.
Ismail yang juga Naib Presiden Kafa
berkata, satu kejohanan bola sepak berbentuk kalah mati melibatkan 14
pasukan ARMY di bawah 14 dan 16 tahun daripada tujuh daerah turut
berlangsung pada hari tersebut.
“Kita akan memilih penjaga gol, pemain
pertahanan, pemain tengah dan penyerang terbaik. Pemain terbaik
keseluruhan pula akan diterbangkan ke Old Trafford bagi menyaksikan
perlawanan Liga Perdana Inggeris membabitkan kelab Manchester United,”
katanya.
Sementara itu Danny X-Factor yang
mewakili rakan selebriti ketika ditemui melahirkan perasaan teruja di
atas pembabitan golongan artis bagi menjayakan karnival tersebut.
“Ia bukan sekadar berhibur tetapi turut
mengajak peminat di Kelantan menderma sambil beramal. Kita akan turun
padang menjual tiket perlawanan dan orang ramai boleh mengambil
kesempatan bersua dengan rakan artis pada hari tersebut,” katanya.
Wednesday, February 22, 2012
Mercu Tanda Kelantan
apa maksud mercu tanda. mercu tanda ialah apa-apa yang melambangkan sesuatu tempat atau program. Apa mercu tanda di kalantan?kbmall? tesco?. pasti bukan sama sekali. kalau ada orang fikir benda-benda macam nie, memang da salah konsep apa itu mercu tanda.antara mercu tanda kelantan.
banyak lagi mercu tanda kelantan yang saya tak ambil, nie cume contoh sahaja:
billion pulak?
lol!
troll jew...
Sunday, February 19, 2012
Friday, February 17, 2012
Red Warriors ketujuh terbaik carta IFFHS
KELANTAN membuktikan kehebatannya apabila tersenarai ranking ketujuh terbaik negara Asean dalam carta International Federation of Football History & Statistics (IFFHS), kelmarin.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, kedudukan yang diberikan IFFHS itu berita menggembirakan bagi seluruh warga kerja Kafa dan penyokong Kelantan dan mahu prestasi lebih baik dapat dihasilkan dengan menambah lebih banyak koleksi kejayaan pada masa akan datang.
“Kita hargai ranking yang diberikan IFFHS terhadap Kelantan apabila meletakkan Kelantan di tempat ketujuh terbaik di Asean dan tempat ke-317 kelab terbaik dunia.
“Saya lihat usaha Kafa membangunkan bola sepak di Kelantan bukan hanya dibuktikan dengan kejayaan Red Warriors menjulang beberapa piala yang dipertandingkan dalam Liga Malaysia tetapi juga diktiraf oleh IFFHS,” katanya ketika dihubungi, semalam.
IFFHS adalah organisasi diperakui oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan ia diwujudkan untuk mencatat sejarah bola sepak di seluruh dunia. Menurut Annuar, ranking yang diberikan IFFHS itu seharusnya membuka mata pengurusan dan pemain Kelantan untuk terus beraksi lebih baik pada saingan Liga Malaysia musim ini dan musim akan datang.
Malah, katanya, Kelantan wajar berbangga dengan penampilan mantap dalam Liga Malaysia musim ini.
sumber : metro
Tuesday, February 14, 2012
Rekod cemerlang Kelantan FM
RADIO Malaysia Kelantan FM mula beroperasi pada 16 November 1963, dan
sejak itu tidak lagi menoleh ke belakang. Walaupun terpaksa bersaing
dengan kemunculan stesen-stesen radio popular swasta, ternyata ia tidak
menenggelamkan Kelantan FM.
Stesen itu kini mempunyai pendengar seramai 663,000 orang, menurut kajian terbaru AC Nielsen pada 2011. Hari ini, sejak lima tahun berturut-turut Kelantan FM merupakan stesen radio Malaysia atau radio kerajaan yang mempunyai jumlah pendengar radio yang tertinggi.
Radio itu bersiaran di frekuensi 102.9Mhz bagi pemancarnya di Telipot, 97.3Mhz (Bukit Bakar, Machang), 90.00Mhz (Jeli), 88.1Mhz (Paloh, Gua Musang), 92.0Mhz (Bukit Chupot, Gua Musang dan 107.1Mhz (Bukit Bintang, Besut, Terengganu).
Pendengarnya merupakan hampir separuh penduduk Kelantan iaitu yang mempunyai populasi seramai 1.4 juta orang.
Stesen radio itu juga berjaya meraih pendapatan melalui iklan sebanyak RM2.1 juta pada 2011. Ia merupakan pendapatan tertinggi antara stesen radio Malaysia.
Semasa melancarkan program baharu Kelantan FM baru-baru ini, Timbalan Pengarah Bahagian Urusan Rancangan Jabatan Penyiaran, Siti Mohani Saad menyifatkan kejayaan stesen radio itu adalah sesuatu yang sangat membanggakan jabatan.
Pada 2008, hasil pendapatannya sebanyak RM1 juta. Ia meningkat kepada RM1.8 juta pada tahun berikutnya dan terus meningkat kepada RM1.9 juta pada 2010.
"Jabatan ini sangat berbangga dengan peningkatan hasil pendapatan iklan Kelantan FM. Ia membolehkan kami mencapai KPI (petunjuk prestasi utama) iaitu pendapatan sebanyak RM21 juta di seluruh negara pada 2011," katanya.
Siti Mohani berkata, langkah Kelantan FM itu wajar dicontohi 33 stesen radio Malaysia yang lain.
"Stesen radio Malaysia yang lain perlu mencari kelainan dan kreatif untuk mencapai jumlah pendengar yang tinggi dan pendapatan lebih baik," kata Siti Mohani.
Pengarah Penyiaran Kelantan, Zainab Yusof berkata, antara resipi kejayaan Kelantan FM ialah siarannya yang menepati selera pendengar rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang.

Saturday, February 11, 2012
Patung Buddha Duduk dan TIdur
Wat Machimmaran yang berusia lebih 500 tahun di Kampung Bunuhan. Masyhur
dengan kewujudan Sitting Buddha patung gergasi bersila dalam keadaan
bertafakur itu berjaya menarik tumpuan jutaan penganut Nepal Thailand
Laos Vietnam Jepun dan Korea. Apatah lagi ia direkodkan sebagai patung
Buddha duduk terbesar di Asia Tenggara semenjak disiapkan pada 20o1
dengan ukuran ketinggian 30 meter panjang 47 meter dan keluasan dalam
22.25 meter persegi.
Di Kampung Jambu sebuah patung Buddha tidur mengiring atau lebih dikenali dengan Sleeping Buddha nyata membuat ramai pengunjung merasa takjub. Dengan ukurann dari kepala ke kaki mencecah 40 meter panjang 11 meter tinggi dan 9 meter lebar sesiapa pun pasti percaya ia bukan monumen biasa. Tercatat sebagai patung kedua terpanjang di dunia terbesar dia Asia Tenggara sememangnya menjadi tarikan utama.

Tuesday, February 7, 2012
masjid Kg Laut:masjid Tertua Di Nusantara
Syarikat saya telah dilantik oleh pihak Muzium negeri Kelantan sebagai
consultant bagi menyediakan lapuran bagi menilai kerusakan masjid
tersebut dan juga menaik taraf kemudahan yang telah sediada di kawasan
tersebut.Aku kat sini akan story secara rengkas pasal masjid nie
walaupun tak detail sangat.
Sejarah Awal:
Masjid Kampung Laut adalah salah sebuah masjid kayu yang tertua di negeri Kelantan dan juga di Malaysia.Dalam abad ke-18,Kelantan menjadi tumpuan orang-orang Campa yang datang belajar dan mendalami hukum-hukum Islam termasuklah Khatib Sumat yang terkenal dalam sejarah Islam di Campa. Mengikut cerita daripada masyarakat tempatan bahawa dalam pelayaran tersebut bila mereka tiba diperairan Kuala Kelantan, kapal yang mereka naiki bocor dan dimasuki air. Lalu mereka bernazar jika jika kapal mereka selamat sampai kedarat yang terdekat, mereka akan mendirikan sebuah masjid di tempat tersebut. Dengan ditakdirkan Allah. S.W.T. mereka selamat sampai ke daratan disebelah timur Kampung Laut.
Di situ, mereka telah mendirikan sebuah masjid dengan pertolongan dan sokongan masyarakat setempat untuk membayar nazar mereka.Dipercayai kumpulan alim ulama tersebut juga merupakan dari kumpulan yang sama telah membina masjid-masjid di Campa dan Demak,kerana pelan dan bentuk bangunan masjid tersebut hampir sama dengan Masjid Kampung Laut.
Pada asalnya Masjid ini terletak di Kg. Laut, berhampiran tebing Sungai Kelantan.Pada akhir tahun 1967, tebing Sg. Kelantan mengalami hakisan akibat banjir besar yang telah menyebabkan sebahagian Masjid tersebut rosak. Dan pada November 1968, Masjid tersebut telah dipindahkan ke Kg.Nilam Puri,kira kira 14 km jauh nya dari tapak asal yaitu berhadapan dengan Fakulti Pengajian Islam University Malaya.

Fungsi Bangunan:
Peta kedudukan asal masjid Kg.Laut
Sehingga tahun 1966, masjid ini digunakan sebagai tempat beribadat yang utama oleh penduduk di sekitar Kampung Laut. Akan tetapi masjid ini rosak akibat banjir yang melanda Negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966 dan awal tahun 1967. Kerajaan Negeri telah menutup masjid tersebut dan membina sebuah masjid yang baru di tempat yang lebih selamat. Pada November 1967, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia di Muzium Negara telah merombak bangunan Masjid Kampung Laut dan membina semula di tapak barunya di Nilam Puri mengikut bentuk yang asalnya serta menggunakan semua bahan yang lama seberapa yang boleh. Walau bagaimana pun,hanya sebahagian ruang utama masjid sahaja yang dapat didirikan semula.
Sehingga terdapat beberapa bahan asal masih bolih di lihat di Masjid Kg. Laut Baru di tapak asalnya di Kg. Laut,Palekbang,Tumpat.Kini kolah asal yang diperbuat dari batu granite masih lagi boleh digunakan sebagai storage untuk jemaah mengambil wuduk. Asalnya terdapat 2 buah kolah,satu dapat diselamatkan dan satu lagi tenggelam dalam Sg. Kelantan.
Mimbar masjid masih digunakan sampai sekarang dan juga beduk.
Masjid Kg Laut pada masa dahulu. Rosak kerana hakisan banjir besar tahun 1967Peta kedudukan asal masjid Kg.Laut

Masjid Kg. Laut sekarang
tapak asal masjid kg. laut |
Pada tahun 1970 Masjid ini telah letak bawah pengelolaan Perbadanan
Muzium Negeri,ia bertindak sebagai dwi fungsi iaitu sebagai tempat
ibadat bagi yang beragama Islam sehingga sekarang dan juga sebagai bahan
sejarah sebagai Masjid Kayu yang tertua di Malaysia yang di anggarkan
berusia lebih 300 tahun.
SeniBina Masjid:
Masjid ini mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan pada asalnya tidak menggunakan sebarang paku,potongan kayu dan buluh digunakan sebagai pasak.Pada asalnya, Masjid ini mempunyai bentuk yang sama dengan Masjid Demak di Jawa dan Masjid Kono di Champa.Pembinaan Masjid ini mengabungkan usur-unsur seni dan falsafah keugamaan pada bangunan.Rumah ibu bertingkat tiga dikaitkan dengan falsafah keTuhanan.Lapisan bawah diibaratkan penuh
kekotoran,makin keatas semakin bersih akhirnya menuju ke alam luas yang tidak terbatas terlepas dari segala bentuk dan ianya kembali kepada Allah S.W.T.
Nota:Sekiranya sesiapa yang datang ke Kota Bharu melalui Gua Musang, pasti akan melintas di hadapan masjid ini.

sumber:http://zouls.blogspot.com/2006/08/masjid-tertua-di-nusantara.html
Sunday, February 5, 2012
Orang Kelantan kat luar
orang kelantan cakap luar kita boleh cam kejap jer....cara nak cam dier ade loghat kelantan tu sikit....
cotohnya......
kak mintak PELETIM SATU.... (peletim=straw)
mintak SUPIK satu..... (supik=beg plastik
orang luar cakap kelantan lain pulak bunyinya....
kat hotel tiba2 blackout orang yang tengah minum kat situ tanya "kenapa takde elektrik ni dik" dier jawap "oh ni blackout ni JENTAP ni
contohnya.....
milo BENG PANAS satu (beng=sejuk) mane satu ni nak sejuk ke panas ni????

Friday, February 3, 2012
JADUAL LIGA MALAYSIA 2012 l PIALA FA 2012
Berikut adalah jadual penuh perlawanan Liga Malaysia 2012 bagi merebut Piala FA 2012 yang bakal berlangsung bermula pada Februari 2012 :
Tarikh Pusingan Pertama : 18 Februari 212
Tarikh Pusingan Kedua : 10 Mac 2012.
Tarikh suku akhir 1 : 24 Mac 2012
Tarikh Suku Akhir II : 27 Mac 2012
Tarikh Separuh Akhir : 21 April 2012
Tarikh Separuh Akhir II : 1 Mei 2012
Tarikh Final Liga Malaysia 2012 Piala FA : 19 Mei 2012
Pusingan Pertama (Kumpulan A)
Terengganu FA vs PDRM FA
Perak FA vs ATM FA
UiTM FC vs Lions XII
Betaria FC vs Melaka FA
POS Malaysia vs USM FC
Sime Darby FC vs Sabah FA
Negeri Sembilan FA vs Johor FC
Shahzan Muda FC vs Selangor FA
Pusingan Pertama (Kumpulan B)
Kelantan FA vs Sarawak FA
Kuala Lumpur FA vs MP Muar FC
Harimau Muda B vs Pulau Pinang FA
KL SPA FC vs MB Johor Bharu FC
Kedah FA vs Selangor PKNS FC
Perlis FA vs PPSDM FC
Johor FA vs T-Team FC
Felda United FC vs Pahang FA
Sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)