Saturday, May 12, 2012

PALEKBANG, LALUAN SEJARAH YANG PUDAR


Tiada apa lagi yang tinggal, cuma kayu-kayu yang biasanya digunakan untuk tapak landasan; disusun rapi, mungkin juga digunakan sebagai peron untuk memunggah barang ke dalam keretapi suatu masa dahulu, mungkin sekitar 1940an, sewaktu kegiatan perniagaan sedang galak di stesen ini.

Stesen ini didirikan oleh Inggeris pada pertengahan 1920an. Landasannya menjadi penghubung utama di antara ibu negeri Kelantan: Kota Bharu, dengan daerah-daerah lain dan ke negeri-negeri Tanah Melayu yang lain. Pada ketika itu Palekbang muncul sebagai salah sebuah pekan yang pesat dengan perdagangan, lebih dahulu dari tempat-tempat lain di Kelantan. Di sinilah nadi penggerak ekonomi negeri, yang strategik dengan stesen keretapi dan feri yang menyambung penduduk setempat dengan Bandar Kota Bharu. Bukan rakit, tetapi feri dua tingkat, dikenali sebagai Feri Belangkas, serta bot-bot kotak. 


Sesuai dengan sifatnya sebagai hab dan pekan transit, di sini juga didirikan Cold Storage (tempat simpanan sejuk) yang menyimpan stok air botol F&N dan Coca-Cola; depo minyak kepunyaan Shell dan Esso, serta kilang air batu - masing-masing membekalkan minyak dan ais ke seluruh negeri Kelantan.

Dikatakan nama Palekbang ini berasal daripada perkataan 'Bang', yang bermaksud 'azan' mengikut loghat Kelantan. Kisah sebenar perlu digali lagi. Di sini terdapat banyak juga tokong atau 'wat', yang didirikan oleh penduduk setempat yang berasal dari Thailand dan beragama Buddha.


Saya belum menjumpai sebab kenapa Stesen Keretapi Palekbang yang bersebelahan dengan sungai ini menjadi sejarah yang samar-samar. Suatu ketika dulu ia merupakan nadi penggerak ekonomi negeri, penuh dengan aktiviti perdagangan, kereta sewa dan bas, feri yang berulang-alik menyeberang Sungai Kelantan untuk ke Kota bharu - kini hanya sebuah kawasan belukar dan semak-samun.

Adakah kerana selepas terbinanya Jambatan Sultan Yahya Petra pada tahun 1970-an, maka perkhidmatan feri sudah tidak diperlukan lagi. Bagaimana pula dengan stesen Palekbang itu sendiri, adakah ia sudah menjadi lewah dengan adanya Stesen Keretapi Tumpat yang hanya beberapa kilometer dari sini?

Stesen keretapi Palekbang masih digunakan pada tahun 1989. Hari ini cuma tinggal tiang dan papan tanda. Keretapi masih deras lalu ulang-alik ke Pekan Tumpat. Jika anda menaiki keretapi menuju ke Tumpat dari Wakaf Baru, jeling-jelinglah ke kanan, arah Sungai Kelantan, mungkin akan nampak sisa sejarah yang sangat uzur. Dan toleh-tolehlah ke belakang sekali sekala, kerana untuk maju ke hadapan, perlu ada sesekali menoleh ke belakang, sebab sejarah, tidak pernah berubah.


SUMBER:http://www.budayaseni.my

KUTIP BUAH GETAH SUMBER PENDAPATAN BARU







POKOK dan biji getah mungkin begitu sinonim dengan kehidupan seharian bagi mereka yang pernah membesar atau bersekolah berdekatan ladang getah.
Di kalangan kanak-kanak yang membesar di bawah rendangan pokok getah, biji getah yang mudah didapati sering digunakan dalam pelbagai bentuk permainan.
Orang dewasa bagaimanapun tidak melihat biji getah itu mempunyai sebarang nilai berbanding pokok getah yang memberi pulangan setiap kali ditoreh.
Namun, berjuta-juta biji getah yang bertaburan itu sebenarnya penting dalam urusan perladangan dan penanaman getah di samping mempunyai nilai pendapatan sampingan tersendiri.
Menurut Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad, dari satu biji getah itu juga bermulanya sumber besar kepada ekonomi negara hari ini.
Jelasnya, tahun ini RISDA diberikan 50,000 hektar tanah ladang untuk program penanaman semula dengan 40,000 hektar untuk benih pokok getah dan selebihnya untuk benih sawit.
"Amat penting benih pokok getah disediakan secukupnya untuk program tanam semula ini kerana jika lambat, kos bertambah termasuk kos membersihkan tapak dari lalang sementara menunggu benih ditanam. Untuk itu, perlu ada bekalan berterusan biji getah yang cukup dan berkualiti agar dapat sediakan benih ikut keperluan dan permintaan," katanya.
Tambahnya, penyediaan benih merupakan antara amalan baik yang ditekankan RISDA melalui proses mengumpul biji getah, menyimpan, menyemai dan mengahwinkannya dengan klon yang baik sebelum boleh ditanam.
Untuk itu, katanya, RISDA tahun ini akan meneruskan program mengutip dan mengumpul biji getah yang dimulakan pada 2011 bagi mengatasi kekurangan benih secara tetap, konsisten dan berkekalan.
"Ops biji getah fasa kedua ini adalah untuk menyediakan benih yang cukup serta berkualiti, dan akan dijadikan satu agenda tahunan RISDA kelak. Mulanya, kami bercadang mahu membeli biji getah dari luar tetapi negara tertentu tiada bekalan sementara yang lain tidak berkualiti," jelasnya.
Menurutnya lagi, RISDA kini mendapatkan bekalan dari dalam negara untuk memenuhi keperluan program penanaman semula, bukan sahaja kerana kualiti tempatan lebih bagus malahan proses pengutipan biji getah boleh dilakukan sesiapa sahaja termasuk murid sekolah.
Beliau memaklumkan, RISDA memerlukan sekitar 26 juta benih pokok getah bagi program penanaman semula untuk keluasan 40,000 hektar tahun ini dan jumlah sama dijangka perlu disediakan tahun depan.
"Untuk menyemai 26 juta anak pokok getah, kita memerlukan 300 tan metrik biji getah atau kira-kira 45 juta biji getah.
"RISDA akan membayar RM3 bagi setiap kilogram biji getah yang dikumpul dan dihantar ke tapak semaian kami di seluruh negara dengan anggaran agihan dana RM900,000 untuk mendapatkan jumlah 300 tan metrik tersebut," ujarnya.
Wan Mohamad Zuki menjelaskan, pihaknya akan membeli biji getah daripada individu, koperasi atau sesiapa sahaja yang boleh menghantarnya ke mana-mana tapak semaian RISDA bagi menangani masalah bekalan benih yang tidak cukup atau tidak berkualiti.
Tambahnya, sasaran untuk tahun ini semakin hampir dicapai sementara bekalan untuk tahun hadapan akan cuba dikumpulkan lebih awal termasuk untuk penyimpanan.
"Biji getah boleh dikutip mengikut musim pada Mac hingga April dan Julai hingga Oktober tetapi selagi ada yang menghantarnya ke tapak semaian RISDA, kami tetap membelinya termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya.
Tambahnya, biji getah itu boleh dihantar ke tapak semaian di Pahang (Kampung Awah dan Sungai Belat); Perak (Kampung Changkat Sulaiman dan gunung Tunggal); Johor (Kampung Sekijang); Terengganu (Batu 17, Tok Dor dan Terengganu Tengah 2); Kedah (Bukit Perak); Kelantan (Gading Galoh dan Bukit Sireh); atau di Melaka (Kesang Pajak).
Jelasnya lagi, proses pengutipan biji getah secara berterusan penting kerana proses semaian anak pokok getah yang mengambil masa sehingga lapan bulan sebelum boleh ditanam.
Kata beliau, untuk permulaan program penyimpanan biji getah, empat bilik sejuk akan ditempatkan secara berpusat mengikut zon tengah, utara, timur dan selatan.
Tambahnya, bilik sejuk itu akan mengawal suhu dan kelembapan tempat penyimpanan biji getah bagi mengelakkannya rosak, kering atau tumbuh terlalu awal.
"Kita mahu sediakan bilik sejuk untuk menyimpan biji getah berkenaan dan hanya dikeluarkan bila mahu digunakan atau menerima tempahan,''jelasnya.

Tragedi Bersejarah Negeri Kelantan



Dalam kesempatan ini , jom kita tahu menahu pasal beberapa kejadian yg berlaku dikelantan. di antara beberapa kejadian ini adalah di kira sgt penting jugak bagi orang tua2 kelantan dulu2. Sebagaimana kita maklum bahawa tok nenek kita dulu2 ni kebanyakannya buta huruf, kalau ada yg jenis buleh bbaca dan menulis ni hanya sikit sangat mugo sekolah pun tak jenuh supo lo ni.
Jadinya bagi mereka2 ini kalau nak menceritakan sesuatu mereka akan mengenang sesuatu peristiwa yg pernah berlaku di zaman mereka. Sebagai contoh, orang tua2 kita zaman dulu ni bukannya amik tahu pasal surat beranak ni, bg mereka itu semua tidak penting termasuk arwah ayah abg lokan sendiri. Bila kerajaan nk buat pendaftaran utk nak buat kad pengenalan maka di situlah telah menjadi masaalah kerana masing2 tidak tahu tahun berapa mereka di lahirkan.
Maka dengan mengingati beberapa peristiwa inilah akan dapat di jadikan sebagai kayu ukur utk mengandaikan berapakah sudah umur si anu itu. Umpamanya dalam sesi perbualan antara orang tua2 dulu mengenai umur ini mereka sering berbual:
T : Masa bah air merah  tu demo besar mano doh?
J : Kawe tak masok jawi lagi….demo besar mano?
T : Aeh…gemuloh mok ni royak kawe dok dale 40 lagi..
J : Hooh kalu ggitu demo ni mudo pado kawe banyok bena  lagi..
Berpandu kpd detik peristiwa sprt ini-lah orang tua dulu dapat mengetahui berapa umur masing2. Kalu perbualan itu berlaku pada tahu 2008 dan bah air merah pula berlaku pada 1926,  maka umur si T sekarang lebih kurang 94 tahun kerana budak zaman dulu masuk jawi umur antara 12-15 tahun, kadang2 dah tumbuh bulu pahat baru masuk jawi…bkn macam sekarang. Umur si J pula ialah 72 tahun kerana tahun 1926 itu umurnya lebihkurang sebulan.


1849-Gajah Mengamuk.
Ramai penduduk disekitar Kota Bharu yg mati akibat dari se ekor gajah yang mengamok. Gajah tersebut bernama "Berma Sakti".Gajah tersebut akhirnya dapat di tundukkan oleh Datok Kaya Pahlawan Kadok.


1880-Angin Besar.
Telah berlaku satu peristiwa taufan yang amat dahsyat di sebut oleh orang tua kelantan sebagai "angin besar". Di katakan bahawa angin ini bertiup pada hari raya haji petang sabtu 13hb nov hingga waktu subuh hari ahad. Mengikut bari orang tua2 sebelum itu tak ada lagi angin yang begitu dahsyat.


1881-Binatang Mati.
Segala binatang ternakan habis mati kerana wabak penyakit, mungkin ada kaitan dengan peristiwa angin besar yang berlaku pada tahun sebelumnya.


1882-Peristiwa Kelaparan.
Telah berlaku peritiwa kelaparan. Orang kampung nak bertanam padi sudah tak dapat kerana segala lembu kerbau yang selalu di guna untuk membajak telah mati akibat dari wabak penyakit pada tahun sebelumnya (mungkin penyakit kuku & mulut, tp orang zaman tu mana la tau nak
sebut benda ni sumo). Orang ramai pula telah di serang penyakit taun dan malaria. Ekoran dari inilah ramai rakyat telah meninggalkan kelantan untuk pergi mencari makan dan memulakan penghidupan di luar kelantan, antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Trengganu, Kedah, Perak dan Johor.
Ekoran dari penghijrahan ini abg lokan pernah di ceritakan oleh salah seorang guru abg lokan, yang menceritakan bahwa abang kepada bapa mertuanya berhijrah ke Sungai Siput perak dengan berjalan kaki merentasi banjaranTitiwangsa.


1897-Bah Urai.
Bandar Kota Bharu telah di landa banjir dan sagala ternakan mati. Dalam waktu yang sama seorang perempuan bernama Urai telah mati di tikam kerana bermukah. Mayatnya telah di heret kedalam air untuk di tanam.


1909-Api Hj Samba.
Dalam kebakaran ini telah memusnahkan 390 buah rumah di Kota Bharu yang di percayai bermula di rumah Hj Samba. Oleh itu orang menyebut api hj samba.


1910- Lembu Belaga Harimau.
Telah di adakan perlagaan antara lembu dengan harimau yang berlangsung di jel burok jalan Tok Hakim. Harimau tersebut di katakan kepunyaan seorang inggeris. Dalam peristiwa tersebut tiba2 harimau melompat keluar dan mencakar orang2 yan berada di situ menyebabkan ramai juga yang mati.


1915-Musoh Tok Janggut.
Di antara banyak tragedi yang menjadi sebutan ramai di kelantan ialah cerita pemberontakan tok janggut menentang inggeris di kelantan. Akhirnya beliau gugur sebagai syuhada pada 24mei 1915 kerana membela tanah air dari cengkaman pejajah.


1921-Puja Umor.
Buat pertama kalinya sambutan Puja Umor atau hari keputeraan sultan. Sambutan yang telah di adakan selama 3 hari ini di serikan dengan pelbagai permainan kebudayaan rakyat kelantan.


1922-Rombongan Kebudayaan.
Pada 25hb mac satu rombongan kebudayaan telah di hantar ke Singapura sempena dengan Malay & Borneo Exhibition. Para serta terdiri dari 20 orang besilat, 60 orang jong kayuh perahu, 12 orang pemain bolasepak, 40 orang pemain makyung, menora, wayang kulit, 2 orang penenun kain sonket. Puok dikir barat demo tak padah sebab belum wujud lagi.


1926-Bah Air Merah.
Banjir ini berlaku pada 24hb dec yang menenggelamkan bandar Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai. Air banjir ini di katakan berwarna kemerah2an dan berlaku selama 4 hari. Mengikut cerita orang tua2 itulah banjir yang paling besar yg belum pernah berlaku sebelum ini. Banjir tersebut surut pada 2hb jan 1927.
1927-Kota Bharu Terbakar. Sekali lagi bandar Kota Bharu mengalami kebakaran pada malam 13hb jan 1927. Antara harta benda yang musnah ialah 235 buah gudang dan 26 buah rumah. Api ini di katakan datang dari sebuah gudang cina yang terbakar bernama Bah Cik.


1931-Wayang Gambar.
Pertama kali tayangan wayang gambar di Kota Bharu. Tayangan tersebut bertempat di panggung Sekebun Bunga Kota Bharu pada 11hb mei 1931.


1927-Sarkas.
Pertama kalinya pertunjukkan sarkas di adakan di kelantan pada 14hb oktober 1927.


1941-Perang Jepun. Tentera jepun telah menyerang  Kuala Pak Amat pada 8hb disember 1941 jama 12.25 pagi iaitu kira2 10 minit awal dari jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii. Seramai 6,000 orang tentera jepun mendarat melalui kuala pak amat ini. Jepun di katakan memerintah tanah melayu lebih kurang 3 tahun setengah. Pada 15hb ogos 1945 tentera jepun menyerah kalah.


1957-Merdeka.

Hang Tuah Orang Kelantan??!!


Hang Tuah Asal Negeri Kelantan Anak Murid Syeikh Saman - Mastika 2003 Dedahkan !

Info terbaru Panglima temui ialah : Hang Tuah adalah anak murid Syeikh Saman atau nama Sang Aria Putra dan berasal dari Kelantan.

Tempat asal beliau ialah Bukit Yong - sempadan antara Kelantan dan Terengganu dan tempat pengajian beliau ialah di Bukit Panau.

Dalam kisah dibawah diceritakan Hang Tuah dan rakan seperjuangannya belajar selama tujuh hari. Perlu diingat tempoh tujuh hari boleh jadi kiraan di alam ghaib yang bersamaan dengan tempoh tujuh tahun di alam fizikal biasa. Wallahu A'lam Bissowab

Siapa tahu lebih dalam mohon tambah info ini.


sumber Mastika Bulan Jun 2003 http://hulubalang-lagenda.tripod.com/tuah6.html




Dalam cerita diatas disebutkan hang tuah menumpaskan lawannya dengan menggunak kapakseperti gambar di bawah: 


Friday, May 11, 2012

400 000 Rakyat Kelantan Berhijrah



Rakyat kelantan memang sinonim dengan penghijrahan. Fakta menunjukkan kira-kira 400 000 rakyat Kelantan kini mencari rezeki di negeri-negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Singapura.
Faktor pendorong utama adalah kekurangan peluang pekerjaan di negeri sendiri. Ramai mengatakan Rakyat kelantan ni terkenal dengan sikap gedebanya, tapi ini adalah tidak benar sama skali kerana rakyat Kelantan adalah penyumbang kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.
Ini dapat dilihat dengan lahirnya tokoh-tokoh usahawan terkenal dan lahirnya golongan bijak pandai di kalangan rakyat Kelantan yang mencatat jumlah 23 peratus sebagai tenaga pengajar di universiti dalam negara.
Di harap golongan-golongan seperti ini akan turut sama membangunkan ekonomi negeri kelantan untuk manfaat bersama rakyat Kelantan khususnya dan langkah membina Univesiti di Kelantan dialu-alukan sebagai permulaan menjadikan kelantan sebagai pusat ilmu yang terkenal.
Sumber: Utusan

Info Piala FA 2012

Update : 
  1. Stadium Bukit Jalil gelanggang utama perlawanan
  2. Agihan sama rata 30 ribu tiket untuk penyokong Kelantan dan 30 ribu juga untuk penyokong Sime Darby.
  3. Harga tiket RM 40 dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak bagi semua tempat duduk.
  4. Piala FA baru bernilai RM 80 ribu bakal direbut finalis Piala FA 2012
  5. Pintu masuk penyokong Kelantan adalah melalui Majlis Sukan Negara(MSN)
  6. Penyokong akan dibenarkan memasuki Stadium bermula jam 4 petang.
  7. Penyokong Kelantan baju Merah-Putih
  8. Kelantan pasukan pelawat. 
  9. Pembakaran 'Flare' adalah dilarang sama sekali
  10. Pemasangan poster pada sebelah pagi

Pameran Senjata Tradisional Di Kelantan


KOTA BHARU: Pameran 1,000 senjata tradisional Kelantan anjuran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan pada Jun ini bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.
Pengarah PMNK Abdul Rahman Abdullah berkata pemeran seminggu itu, yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Sejarah dan Seni Warisan Purba Negeri Kelantan (Purba) di Muzium Negeri, dijangka menarik 10,000 pengunjung sempena Tahun Melawat Kelantan 2012. 
Bercakap kepada pemberita selepas menutup Pameran Kebudayaan Warisan Cina Kelantan di sini hari ini, beliau berkata pemeran itu adalah antara tujuh program anjuran PMNK sepanjang tahun ini untuk menarik pelancong ke Kelantan.

Antara bahan pameran itu nanti ialah senjata seligi, yang diperbuat daripada batang nibong diruncingkan, untuk dijadikan senjata melawan musuh pada zaman dahulu.

Peminat sejarah dan seni warisan yang memiliki artifak lama juga diminta turut menyertai pameran itu. -- BERNAMA