Tuesday, February 28, 2012

Taman Tema Air Mini


Di kelantan terdapat juga taman tema air mini yang terletak dalam daerah Tumpat. Walaupun taman tema air ini tidak sehebat taman tema air di negeri lain seperti Taman Wet World Shah Alam atau Bukit Merah Lake Town Resort, namun sekurang-kurangnya dapat juga ibu bapa membawa anak-anak untuk aktiviti riadah air. Taman tema air mini ini dikhususkan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja.Di setiap hari mengikut waktu yang tertera :
* Jumaat - Sabtu jam 8.00 am hingga 7.00 pm
* Ahad - Khamis jam 5.00 pm hingga 7.00 pm

Bayaran masuk adalah percuma bagi penginap chalet manakala RM 2.00 / jam bagi yang tidak menginap di chalet.

Sunday, February 26, 2012

Selebriti Meriahkan Karnival ARMY

Ismail (tiga,kanan) dan Danny (dua,kiri) menunjukkan jersi yang akan dipakai dalam perlawanan amal sempena Karnival ARMY pada Sabtu ini.
KOTA BHARU – Satu perlawanan amal bertujuan mengutip derma bagi disumbangkan kepada penyokong bola sepak Kelantan yang ditimpa musibah antara beberapa aktiviti menarik yang akan memeriahkan sambutan ulang tahun pertama Akademi Al-Hambra Red Warriors (ARMY) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 25 Februari ini.
Pengerusi ARMY Datuk Ismail Md Noor, berkata, selain perlawanan amal melibatkan pasukan pasukan orang kenamaan (VIP) menentang pasukan selebriti, turut berlangsung ialah perlawanan persahabatan antarabangsa, Kelantan menentang kelab Singapore Armed Forces (SAF) pada sebelah malam tersebut.
“Kutipan derma hasil jualan tiket RM2 (terbuka) dan RM20 (astaka) akan disalurkan terus kepada Tabung Kebajikan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa). Ia akan disumbangkan kepada penyokong Kelantan yang ditimpa kemalangan selain anak seniman agung terkenal Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Sazali yang terlantar sakit akibat kemalangan dua bulan lalu.
“Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dijangka merasmikan karnival tersebut. Serentak dengan itu juga berlangsung majlis menandatangani perjanjian kerjasama (MoU) di antara pihak Kafa dengan pemaju yang akan membina stadium baru. Turut berlangsung ialah majlis penyerahan tajaan Mamee selaku penaja baru The Red Warriors pada musim ini.
“Acara sampingan lain ialah pertunjukan gasing terbang selain pameran oleh barisan penaja. Orang ramai yang berminat untuk berniaga juga boleh menyewa gerai jualan yang disediakan dan mereka boleh menghubungi pihak Kafa bermula sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kota Bharu semalam. Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pengarahnya, Azlan Mohd Yusoff  dan Husin Deraman, Danny X-Factor serta Pengurus Pasukan Selebriti, Nik Radhi Nik Abdullah.
Antara selebriti lelaki yang akan beraksi ialah Ridzuan Hashim, Yantzen, Danny X-Factor, Fizo Omar, Syed Aiman, Kaza, Zahid AF, Hairi Kool, Zimi Sofaz manakala selebriti wanita ialah Ramona Zam Zam, Mas Muharni, Aida AF dan Mimi Ernida.
Ismail yang juga Naib Presiden Kafa berkata, satu kejohanan bola sepak berbentuk kalah mati melibatkan 14 pasukan ARMY di bawah 14 dan 16 tahun daripada tujuh daerah turut berlangsung pada hari tersebut.
“Kita akan memilih penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang terbaik. Pemain terbaik keseluruhan pula akan diterbangkan ke Old Trafford bagi menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris membabitkan kelab Manchester United,” katanya.
Sementara itu Danny X-Factor yang mewakili rakan selebriti ketika ditemui melahirkan perasaan teruja di atas pembabitan golongan artis bagi menjayakan karnival tersebut.
“Ia bukan sekadar berhibur tetapi turut mengajak peminat di Kelantan menderma sambil beramal. Kita akan turun padang menjual tiket perlawanan dan orang ramai boleh mengambil kesempatan bersua dengan rakan artis pada hari tersebut,” katanya.

Wednesday, February 22, 2012

Mercu Tanda Kelantan




apa maksud mercu tanda. mercu tanda ialah apa-apa yang melambangkan sesuatu tempat atau program. Apa mercu tanda di kalantan?kbmall? tesco?. pasti bukan sama sekali. kalau ada orang fikir  benda-benda macam nie, memang da salah konsep apa itu mercu tanda.antara mercu tanda kelantan.




banyak lagi mercu tanda kelantan yang saya tak ambil, nie cume contoh sahaja:
billion pulak?
lol!
troll jew...

Friday, February 17, 2012

Red Warriors ketujuh terbaik carta IFFHS


KELANTAN membuktikan kehebatannya apabila tersenarai ranking ketujuh terbaik negara Asean dalam carta International Federation of Football History & Statistics (IFFHS), kelmarin.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, kedudukan yang diberikan IFFHS itu berita menggembirakan bagi seluruh warga kerja Kafa dan penyokong Kelantan dan mahu prestasi lebih baik dapat dihasilkan dengan menambah lebih banyak koleksi kejayaan pada masa akan datang.

“Kita hargai ranking yang diberikan IFFHS terhadap Kelantan apabila meletakkan Kelantan di tempat ketujuh terbaik di Asean dan tempat ke-317 kelab terbaik dunia.
“Saya lihat usaha Kafa membangunkan bola sepak di Kelantan bukan hanya dibuktikan dengan kejayaan Red Warriors menjulang beberapa piala yang dipertandingkan dalam Liga Malaysia tetapi juga diktiraf oleh IFFHS,” katanya ketika dihubungi, semalam.

IFFHS adalah organisasi diperakui oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan ia diwujudkan untuk mencatat sejarah bola sepak di seluruh dunia. Menurut Annuar, ranking yang diberikan IFFHS itu seharusnya membuka mata pengurusan dan pemain Kelantan untuk terus beraksi lebih baik pada saingan Liga Malaysia musim ini dan musim akan datang.

Malah, katanya, Kelantan wajar berbangga dengan penampilan mantap dalam Liga Malaysia musim ini.
sumber : metro

Tuesday, February 14, 2012

Rekod cemerlang Kelantan FM

RADIO Malaysia Kelantan FM mula beroperasi pada 16 November 1963, dan sejak itu tidak lagi menoleh ke belakang. Walaupun terpaksa bersaing dengan kemunculan stesen-stesen radio popular swasta, ternyata ia tidak menenggelamkan Kelantan FM.
Stesen itu kini mempunyai pendengar seramai 663,000 orang, menurut kajian terbaru AC Nielsen pada 2011. Hari ini, sejak lima tahun berturut-turut Kelantan FM merupakan stesen radio Malaysia atau radio kerajaan yang mempunyai jumlah pendengar radio yang tertinggi.
Radio itu bersiaran di frekuensi 102.9Mhz bagi pemancarnya di Telipot, 97.3Mhz (Bukit Bakar, Machang), 90.00Mhz (Jeli), 88.1Mhz (Paloh, Gua Musang), 92.0Mhz (Bukit Chupot, Gua Musang dan 107.1Mhz (Bukit Bintang, Besut, Terengganu).
Pendengarnya merupakan hampir separuh penduduk Kelantan iaitu yang mempunyai populasi seramai 1.4 juta orang.
Stesen radio itu juga berjaya meraih pendapatan melalui iklan sebanyak RM2.1 juta pada 2011. Ia merupakan pendapatan tertinggi antara stesen radio Malaysia.
Semasa melancarkan program baharu Kelantan FM baru-baru ini, Timbalan Pengarah Bahagian Urusan Rancangan Jabatan Penyiaran, Siti Mohani Saad menyifatkan kejayaan stesen radio itu adalah sesuatu yang sangat membanggakan jabatan.
Pada 2008, hasil pendapatannya sebanyak RM1 juta. Ia meningkat kepada RM1.8 juta pada tahun berikutnya dan terus meningkat kepada RM1.9 juta pada 2010.
"Jabatan ini sangat berbangga dengan peningkatan hasil pendapatan iklan Kelantan FM. Ia membolehkan kami mencapai KPI (petunjuk prestasi utama) iaitu pendapatan sebanyak RM21 juta di seluruh negara pada 2011," katanya.
Siti Mohani berkata, langkah Kelantan FM itu wajar dicontohi 33 stesen radio Malaysia yang lain.
"Stesen radio Malaysia yang lain perlu mencari kelainan dan kreatif untuk mencapai jumlah pendengar yang tinggi dan pendapatan lebih baik," kata Siti Mohani.
Pengarah Penyiaran Kelantan, Zainab Yusof berkata, antara resipi kejayaan Kelantan FM ialah siarannya yang menepati selera pendengar rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang.

Saturday, February 11, 2012

Patung Buddha Duduk dan TIdur

Wat Machimmaran yang berusia lebih 500 tahun di Kampung Bunuhan. Masyhur dengan kewujudan Sitting Buddha patung gergasi bersila dalam keadaan bertafakur itu berjaya menarik tumpuan jutaan penganut Nepal Thailand Laos Vietnam Jepun dan Korea. Apatah lagi ia direkodkan sebagai patung Buddha duduk terbesar di Asia Tenggara semenjak disiapkan pada 20o1 dengan ukuran ketinggian 30 meter panjang 47 meter dan keluasan dalam 22.25 meter persegi.
 Di Kampung Jambu sebuah patung Buddha tidur mengiring atau lebih dikenali dengan Sleeping Buddha nyata membuat ramai pengunjung merasa takjub. Dengan ukurann dari kepala ke kaki mencecah 40 meter panjang 11 meter tinggi dan 9 meter lebar sesiapa pun pasti percaya ia bukan monumen biasa. Tercatat sebagai patung kedua terpanjang di dunia terbesar dia Asia Tenggara sememangnya menjadi tarikan utama.