Saturday, March 10, 2012

BOJAN HODAK TEKAD THE RED WARRIORS BANGKIT | CARA PERMAINAN YANG KREATIF SEPERTI BARCELONA



BOJAN HODAK TEKAD THE RED WARRIORS BANGKIT | CARA PERMAINAN YANG KREATIF SEPERTI BARCELONA

BOJAN HODAK TEKAD THE RED WARRIORS BANGKIT | CARA PERMAINAN YANG KREATIF SEPERTI BARCELONA,Biarpun masih baru mengendalikan pasukan Kelantan,melihat kepada perlawanan bertemu negeri sembilan,Bojan  mengakui, skuad the red warriors belum mencapai tahap sebenar yang diinginkan dan akan berusaha mencari jalan untuk meningkatkan keupayaan pemain the red warriors.
Tekad Bojan Hodak untuk The Red Warriors :Bojan tekad mengubah persembahan Kelantan yang terkenal dengan hantaran jauh sebelum ini kepada hantaran pendek seperti dilakukan kebanyakan kelab terkemuka dunia.
Ulasan Bojan Hodak : Kemenangan ke atas Negeri Sembilan adalah satu permulaan baik bagi saya, malah pemain dapat melaksanakan arahan tetapi saya lihat masih ada kelemahan yang perlu dibaiki dan the red warriors mempunyai ramai pemain yang bagus tetapi  memerlukan cara permainan yang kreatif seperti pasukan hebat Barcelona, dan kita akan menuju ke arah itu tidak lama lagi.
Kami penyokong setia the red warriors sentiasa menyokong setiap pembangunan dan transformasi yang di lakukan bagi meningkatkan prestasi dan kejayaan pasukan kesayangan kami.Walauapapun yang dirancang,kami mahukan kemenangan.
“KAMI PENYOKONG SETIA THE RED WARRIORS ,MENUNGGU KEBANGKITAN YANG MEMBANGGAKAN”
                  
                                                                                 sumber: berita harian

Signboard Kelantan





troll ke betul? lol!

Sunday, March 4, 2012

KELANTAN NEGERI SERAMBI MEKAH: Wali Songo Adalah Utusan Pendakwah Kerajaan Kelantan Ke Tanah Jawa (Hindu)

Jiwa rakyat Kelantan sememangnya Islam. Tak maju pun takpa asalkan Islam. Mereka tak pandang langsung kehidupan duniawi ala2 mat salleh London gitu.  Bukan matlamat mereka nak setanding dengan mat salleh London. Jiwa mereka adalah jiwa Islam, negeri mereka digelar Serambi Mekah sebelum Parameswara membuka negeri Melaka lagi. Bukan parti Pas yang memandai2 letak nama Ketantan Negeri Serambi Mekah. Sememangnya Kelantan dulu pernah menjadi Pusat Penyebaran Islam bernama Empayar Cermin Mekah yang mana Campa, Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi semuanya di bawah naungan Empayar Cermin. Kerajaan Cermin berjaya mengIslamkan negeri-negeri di bawah naungannya melalui Ulamak-ulamak Melayu berketurunan Arab.
        Sedihnya hanya segilintir sahaja orang-orang Melayu Kelantan sendiri yang mengetahui tentang Kerajaan Cermin. Ulamak2 ini telah menaiki kapal laut untuk ke seluruh Nusantara bagi tujuan dakwah. Misi yang paling terkenal ialah misi dakwah Wali-wali Kelantan ke Tanah Jawa. Di sana, mereka dikenali dengan gelaran WALI SONGO. Dan Bukit Panau di sebelah Danau Tok Uban (sempadan Tanah Merah-Pasir Mas di Kelantan) itulah tempat Wali 9 merancang segala plan dakwah mereka di Pulau Jawa. Kecuali anda buta huruf dan buta mata, anda boleh baca nama tempat itu pun 'tanah merah' dan 'pasir mas'. Itu lah nama Kelantan purba !! Negeri yang kaya dengan emas.

Saturday, March 3, 2012

ORANG ARAB CAKAP KELANTAN




Fakta Ustaz Muhammad Aziz
  • Merupakan merupakan ahli termuda dalam majlis fatwa Mesir.
  • Biasa datang ke Malaysia untuk mengadakan ceramah di institusi pengajian tinggi, matrikulasi dan sekolah-sekolah.
  • Mengambil masa 10 tahun untuk menguasai bahasa melayu (loghat kelate)

Tuesday, February 28, 2012

Taman Tema Air Mini


Di kelantan terdapat juga taman tema air mini yang terletak dalam daerah Tumpat. Walaupun taman tema air ini tidak sehebat taman tema air di negeri lain seperti Taman Wet World Shah Alam atau Bukit Merah Lake Town Resort, namun sekurang-kurangnya dapat juga ibu bapa membawa anak-anak untuk aktiviti riadah air. Taman tema air mini ini dikhususkan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja.Di setiap hari mengikut waktu yang tertera :
* Jumaat - Sabtu jam 8.00 am hingga 7.00 pm
* Ahad - Khamis jam 5.00 pm hingga 7.00 pm

Bayaran masuk adalah percuma bagi penginap chalet manakala RM 2.00 / jam bagi yang tidak menginap di chalet.

Sunday, February 26, 2012

Selebriti Meriahkan Karnival ARMY

Ismail (tiga,kanan) dan Danny (dua,kiri) menunjukkan jersi yang akan dipakai dalam perlawanan amal sempena Karnival ARMY pada Sabtu ini.
KOTA BHARU – Satu perlawanan amal bertujuan mengutip derma bagi disumbangkan kepada penyokong bola sepak Kelantan yang ditimpa musibah antara beberapa aktiviti menarik yang akan memeriahkan sambutan ulang tahun pertama Akademi Al-Hambra Red Warriors (ARMY) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 25 Februari ini.
Pengerusi ARMY Datuk Ismail Md Noor, berkata, selain perlawanan amal melibatkan pasukan pasukan orang kenamaan (VIP) menentang pasukan selebriti, turut berlangsung ialah perlawanan persahabatan antarabangsa, Kelantan menentang kelab Singapore Armed Forces (SAF) pada sebelah malam tersebut.
“Kutipan derma hasil jualan tiket RM2 (terbuka) dan RM20 (astaka) akan disalurkan terus kepada Tabung Kebajikan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa). Ia akan disumbangkan kepada penyokong Kelantan yang ditimpa kemalangan selain anak seniman agung terkenal Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Sazali yang terlantar sakit akibat kemalangan dua bulan lalu.
“Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dijangka merasmikan karnival tersebut. Serentak dengan itu juga berlangsung majlis menandatangani perjanjian kerjasama (MoU) di antara pihak Kafa dengan pemaju yang akan membina stadium baru. Turut berlangsung ialah majlis penyerahan tajaan Mamee selaku penaja baru The Red Warriors pada musim ini.
“Acara sampingan lain ialah pertunjukan gasing terbang selain pameran oleh barisan penaja. Orang ramai yang berminat untuk berniaga juga boleh menyewa gerai jualan yang disediakan dan mereka boleh menghubungi pihak Kafa bermula sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kota Bharu semalam. Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pengarahnya, Azlan Mohd Yusoff  dan Husin Deraman, Danny X-Factor serta Pengurus Pasukan Selebriti, Nik Radhi Nik Abdullah.
Antara selebriti lelaki yang akan beraksi ialah Ridzuan Hashim, Yantzen, Danny X-Factor, Fizo Omar, Syed Aiman, Kaza, Zahid AF, Hairi Kool, Zimi Sofaz manakala selebriti wanita ialah Ramona Zam Zam, Mas Muharni, Aida AF dan Mimi Ernida.
Ismail yang juga Naib Presiden Kafa berkata, satu kejohanan bola sepak berbentuk kalah mati melibatkan 14 pasukan ARMY di bawah 14 dan 16 tahun daripada tujuh daerah turut berlangsung pada hari tersebut.
“Kita akan memilih penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang terbaik. Pemain terbaik keseluruhan pula akan diterbangkan ke Old Trafford bagi menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris membabitkan kelab Manchester United,” katanya.
Sementara itu Danny X-Factor yang mewakili rakan selebriti ketika ditemui melahirkan perasaan teruja di atas pembabitan golongan artis bagi menjayakan karnival tersebut.
“Ia bukan sekadar berhibur tetapi turut mengajak peminat di Kelantan menderma sambil beramal. Kita akan turun padang menjual tiket perlawanan dan orang ramai boleh mengambil kesempatan bersua dengan rakan artis pada hari tersebut,” katanya.

Wednesday, February 22, 2012

Mercu Tanda Kelantan




apa maksud mercu tanda. mercu tanda ialah apa-apa yang melambangkan sesuatu tempat atau program. Apa mercu tanda di kalantan?kbmall? tesco?. pasti bukan sama sekali. kalau ada orang fikir  benda-benda macam nie, memang da salah konsep apa itu mercu tanda.antara mercu tanda kelantan.




banyak lagi mercu tanda kelantan yang saya tak ambil, nie cume contoh sahaja:
billion pulak?
lol!
troll jew...