Jiwa rakyat Kelantan sememangnya Islam. Tak maju pun takpa asalkan
Islam. Mereka tak pandang langsung kehidupan duniawi ala2 mat salleh
London gitu. Bukan matlamat mereka nak setanding dengan mat salleh
London. Jiwa mereka adalah jiwa Islam, negeri mereka digelar Serambi
Mekah sebelum Parameswara membuka negeri Melaka lagi. Bukan parti Pas
yang memandai2 letak nama Ketantan Negeri Serambi Mekah. Sememangnya
Kelantan dulu pernah menjadi Pusat Penyebaran Islam bernama Empayar Cermin Mekah yang mana Campa, Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi semuanya di bawah naungan Empayar Cermin.
Kerajaan Cermin berjaya mengIslamkan negeri-negeri di bawah naungannya melalui Ulamak-ulamak Melayu berketurunan Arab.
Sedihnya hanya segilintir sahaja orang-orang Melayu
Kelantan sendiri yang mengetahui tentang Kerajaan Cermin. Ulamak2 ini
telah menaiki kapal laut untuk ke seluruh Nusantara bagi tujuan dakwah.
Misi yang paling terkenal ialah misi dakwah Wali-wali Kelantan ke Tanah
Jawa. Di sana, mereka dikenali dengan gelaran WALI SONGO. Dan Bukit
Panau di sebelah Danau Tok Uban (sempadan Tanah Merah-Pasir Mas di
Kelantan) itulah tempat Wali 9 merancang segala plan dakwah mereka di
Pulau Jawa. Kecuali anda buta huruf dan buta mata, anda boleh baca nama
tempat itu pun 'tanah merah' dan 'pasir mas'. Itu lah nama Kelantan
purba !! Negeri yang kaya dengan emas.
No comments:
Post a Comment