PENGENALAN KELANTAN DALAM BLOG "KALU NOK KENA KLATE MASUKLAH BLOG NIE, MACE-MACE ADO"
Thursday, March 29, 2012
KELANTAN TIDAK MENGHALANG HIBURAN..
PASIR PUTEH, March 29(Bernama) - Kerajaan pusat negeri Kelantan tidak mengharamkan mana-mana pihak yang menganjurkan majlis-majlis yang berunsurkan hiburan dan kesenangan didunia asalkan tidak bercanggah dengan akidah dan pandangan islam.
Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata "islam membenarkan seseorang itu mencari hibuan di dunia tetepi hendaklah tidak melampaui batas dan adab sebagai orang islam itu sendiri".
"Apa yang ditekankan ialah hiburan tersebut hendak lah berlandaskan hukum akidah islam ," beliau bercakap di Pesta Air Tok Bali hari ini.
Pesta air tersebut dirasmikan oleh sultan kelantan muhammad V dan dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Muhammed.
Nik Aziz jugak berkatam"kerajaan negeri juga telah membenarkan banyak pihak untuk mangadakan aktiviti di negeri tersebut, termasuk artist terkenal tanah air, TV3 dan TV9 untuk mengadakan acara untuk mempromosi rancangan mereka di kelantan," .
sementara itu, kerajaan negeri, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Takiyuddin Hassan, yang menghadiri majlis tersebut berkata, pesta air tok bali boleh menaikkan taras bandar tok bali menjadi bandar pelancongan tahap antarabangsa.
KELANTAN DAN PERAK LAMAR KIETE?
Perak mungkin terlambat dalam perebutan
mendapatkan penyerang Guinea, Keita Mandjou, 32, bagi disenaraikan dalam
Liga Super yang semakin sengit.
Kini,
Perak terpaksa bersaing dengan Kelantan yang juga berminat menggunakan
khidmat bekas penyerang import Seladang tahun 2004 yang lalu.
Kelantan
telah bergerak lebih pantas bagi mengikat Keita apabila Presiden
Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dilaporkan
sudah berada di India sejak 25 Mac lalu.
Annuar
dikatakan sedang mengadakan perbincangan dengan Keita untuk dibawa ke
Kota Bharu dalam usaha memperkuatkan skuad pendahulu liga tersebut.
Sebelum
ini, Persatuan Bolasepak Perak ( Pafa ) berura-ura menghantar
pegawainya ke India bagi menilai prestasi semasa Keita di Pune FC.
Namun begitu, tiada sebarang tarikh ditetapkan oleh Pafa untuk ke India bagi berbincang lebih lanjut dengan Keita.
Keita
sedang beraksi dalam Liga India ( I-League ) bersama-sama kelab Pune FC
yang mana berjaya memenangi anugerah Pemain Terbaik bagi musim
2010-2011 setelah muncul penjaring terbanyak dengan jaringan 13 gol bagi
kelabnya.
Sebelum ini, Presiden
Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharudin memberitahu bahawa Keita sedia
mewakili Perak walaupun masih mempunyai ikatan kontrak dengan Pune FC
sehingga bulan Jun depan.
Perak
terpaksa mengambil penyerang baru apabila bekas penyerang remaja Serbia,
Lazar Popovic gagal menemui sentuhan gol sejak menyarung jersi Perak.
Pafa sudah mengeluarkan notis penamatan kontrak Popovic mulai 1 April depan atas kegagalannya menjaringkan gol.
Rakannya, Michal Kubala akan terus bersama-sama skuad Seladang setelah mempamerkan persembahan mantap di bahagian tengah.
Kubala menyumbangkan lima gol dalam saingan Liga Super menjadi penjaring terbanyak Perak.
Sehubungan
dengan itu, Perak telah menguji empat pemain dari benua Afrika bagi
menggantikan Popovic apabila tingkap pendaftaran pemain dibenarkan
mulai 3 April depan.
Keempat-empat pemain itu dari Cameroon, Ghana, Zambia dan Liberia telah menjalani ujian pemilihan selama dua minggu.
Walau
bagaimanapun, Presiden Pafa memberitahu bahawa keempat-empat tersebut
telah pulang setelah gagal menepati ciri-ciri pemain import yang
dikehendaki oleh Perak.
“Pafa akan
kritik hebat oleh para penyokong jika gagal mengambil pemain import yang
lebih baik berbanding Popovic,” jelas Zainol.
Oleh itu katanya, Perak terpaksa membuat penelitian yang lebih rapi bagi mendapatkan pengganti penyerang import tersebut.
Kini
para penyokong Kejor Yeop Kejor ternanti-nanti samada Perak berjaya
mengikat Keita atau Kelantan menyambarnya terlebih dahulu.
Thursday, March 22, 2012
Orang Kelantan memang Kaya.....
- Rumah di Kelantan banyak besar-besar, dan merupakan rumah tanah lot, bukannya rumah taman yang kena beli. Dan ianya milik Melayu Kelantan.
- Emas di Kelantan antara emas paling baik di Malaysia. Dan Kelantan antara negeri pertama perkenalkan Dinar Emas sebagai matawang ... dan pelaburan.
- Ramai penduduk Kelantan terutama wanitanya pakai emas sampai berat leher, gelang sampai ke lengan.
- Emas dijual secara jaja menjaja je ..jual tepi jalan je .....maknanya ramai mampu nak jual beli emas kat Kelantan.
- Kaum bumiputera Kelantan antara ramai paling berjaya dalam perniagaan. Banyak bisnes sendiri yang berjaya di Kelantan.
- Lembu-lembu dijual di tepi jalan je ... fresh ... daging fresh selalunya mahal, tak macam tempat lain lebih suka daging sejuk beku dari India, Australia.
- Kedai perniagaan di Kelantan, majoriti adalah Melayu. Besar-besar lak tu.
- Masih lagi banyak kuih-muih dan makanan yang dijual murah - tunjukkan bahawa peniaga di sana tak kesempitan hidup untuk sewenangnya naikkan harga barang.
Anak yatim dapat 10A
Walaupun kegembiraan itu tidak dapat dikongsi bersama ayahnya, tetapi Muhammad Luqman Hakim Haris, 18, masih ada ibu, Norhani Muhammad, 49, seorang suri rumahuntuknya berkongsi kejayaan itu.
Muhammad Luqman adalah antara tiga pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat memperoleh A dalam semua matapelajaran iaitu 4A+, 5A dan 1A-.
Dua lagi kawannya yang memperoleh keputusan 10A ialah Nurul Nadirah Ahmad dari Kampung Padang Tembesu dan Nurul Syahira Zulkifli dari Kampung Besut.
Fokus semasa guru mengajar
Muhammad Luqman yang menetap di Kampung Tujoh berkata, rahsia kejayaannya adalah sentiasa fokus setiap kali guru mengajar dalam kelas.
“Jika tak faham semasa guru mengajar, saya terus bertanya,” katanya ketika ditemui selepas keputusan SPM diumumkan di sekolahnya.
Menurutnya, pada waktu malam dia luangkan masa tiga jam untuk mengulang kaji pelajaran, dan juga mengikuti kelas tambahan di sekolah.
“Walaupun saya tidak dapat berkongsi kejayaan ini dengan ayah yang meninggal dunia lapan tahun lalu, tetapi saya berharap dengan kejayaan ini suatu hari nanti saya dapat mengubah nasib keluarga,” katanya.
Muhammad Luqman adalah anak ketiga daripada empat beradik dan adik bongsunya itu adalah hasil perkahwinan ibunya dengan suami baru.
Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2009, Muhammad Luqman memperoleh 9A.
SMK Tumpat muncul terbaik PPD Tumpat
SMK Tumpat muncul sekolah terbaik dalam PPD Tumpat apabila seramai tiga pelajarnya memperoleh 10A manakala di SMK Wakaf Bharu hanya dua pelajarnya memperoleh 10A.
Penolong kanan Pentadbiran, Jamari Othman berkata, bagaimanapun dari pencapaian peratus, ia merosot sedikit berbanding tahun lalu apabila mencatatkan 93.10 peratus dengan Gred Puratanya 4.83 peratus.
“Walaupun ada penurunan, tetapi saya bersyukur kerana bilangan calon yang memperoleh semua A adalah yang teramai di PPD Tumpat.
“Dari segi pencapaian peratus yang dicatatkan SMK Tumpat pada keputusan SPM ini, ia berada di kedudukan ke dua di PPD Tumpat dan SMK Tumpat mampu mengekalkan kedudukan itu selama tujuh tahun berturut - turut,” katanya.
Seramai 245 calon di SMK Tumpat menduduki peperiksaan SPM 2011, tiga orang mendapat 10A manakala 32 calon lagi mendapat 6A, 7A dan 8A.
Monday, March 19, 2012
Kuasa beli rakyat Kelantan antara tertinggi di Asia
KOTA BHARU, 17 Mac: Pengerusi Richhworks Group of Companies Dr Azizan Osman (gambar) berkata kuasa beli rakyat Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia.
Ini berdasarkan kepada rekod dan ‘top sale’ pada supermarket yang ada
di negeri ini. Justeru beliau mengagumi kuasa beli rakyat negeri ini.
“Setahu saya, kuasa beli di sini sangat hebat. Dan Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia, berdasarkan rekod dan ‘top sale’.
“Banyak rekod hypermarket di sini menunjukkan kuasa beli rakyat tertinggi di Asia,” kata beliau
ketika bercakap kepada pemberita pada Klinik Usahawan Dr Azizan Osman – Seminar Marketing Power (SMP) 2012 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tengahari tadi.
Seminar bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari itu bertujuan mempertingkat, mengubah diri usahawan dan perniagaan mereka melalui perkongsian pakar dalam pemasaran.
Peserta seminar (usahawan) diajar tentang strategi pemasaran berkesan dalam meningkatkan pendapatan sehingga 400 peratus selain potensi kekayaan dan kejayaan tanpa mengira jenis perniagaan.
Turut hadir peguam, doktor perubatan, doktor rawatan alternatif, jurutera, perunding hartanah, perunding kewangan dan insurans selain pendidik dan penjawat awam.
Sejak dilancarkan 11 Februari lalau di Kuala Lumpur, hingga kini lebih 18,000 peserta menghadiri Klinik Usahawan tersebut,
Azizan berkata potensi usawahan Kelantan adalah sangat luar biasa.
“Sebab itu saya berada di sini , dan saya juga kenal banyak pengilang di sini, yang boleh ‘dibawa keluar’,” katanya.
Beliau berkata masyarakat muslim di negeri ini berpotensi untuk meningkat lebih jauh dalam perniagaan, bahkan mereka mempunyai produk yang baik untuk dibawa keluar daripada Kelantan.
Justeru selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, syarikatnya memilih Kelantan untuk ‘berkolabrasi’ (collaboration) bersama usahawan muslim di sini dengan memberi input lebih banyak.
“Terutama di Kelantan, ramai usahawan Melayu muslim.
“Jadi kita nak cari jalan supaya kita boleh bagi input dan support lebih banyak supaya mereka boleh ‘bawa keluar’ produk atau perkhidmatan mereka. Itulah misi dan ‘usahasama’ kita,” katanya.
Dr Azizan berkata barangan dan produk Islam adalah baik tetapi mestilah (usahawan) mengetahui teknik pemasarannya.
“Orang kita banyak produk yang bagus, tetapi tidak diuar-uarkan, tidak dipromosikan dengan baik,” ujarnya.
sumber: Berita Harian
“Setahu saya, kuasa beli di sini sangat hebat. Dan Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia, berdasarkan rekod dan ‘top sale’.
“Banyak rekod hypermarket di sini menunjukkan kuasa beli rakyat tertinggi di Asia,” kata beliau
ketika bercakap kepada pemberita pada Klinik Usahawan Dr Azizan Osman – Seminar Marketing Power (SMP) 2012 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tengahari tadi.
Seminar bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari itu bertujuan mempertingkat, mengubah diri usahawan dan perniagaan mereka melalui perkongsian pakar dalam pemasaran.
Peserta seminar (usahawan) diajar tentang strategi pemasaran berkesan dalam meningkatkan pendapatan sehingga 400 peratus selain potensi kekayaan dan kejayaan tanpa mengira jenis perniagaan.
Turut hadir peguam, doktor perubatan, doktor rawatan alternatif, jurutera, perunding hartanah, perunding kewangan dan insurans selain pendidik dan penjawat awam.
Sejak dilancarkan 11 Februari lalau di Kuala Lumpur, hingga kini lebih 18,000 peserta menghadiri Klinik Usahawan tersebut,
Azizan berkata potensi usawahan Kelantan adalah sangat luar biasa.
“Sebab itu saya berada di sini , dan saya juga kenal banyak pengilang di sini, yang boleh ‘dibawa keluar’,” katanya.
Beliau berkata masyarakat muslim di negeri ini berpotensi untuk meningkat lebih jauh dalam perniagaan, bahkan mereka mempunyai produk yang baik untuk dibawa keluar daripada Kelantan.
Justeru selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, syarikatnya memilih Kelantan untuk ‘berkolabrasi’ (collaboration) bersama usahawan muslim di sini dengan memberi input lebih banyak.
“Terutama di Kelantan, ramai usahawan Melayu muslim.
“Jadi kita nak cari jalan supaya kita boleh bagi input dan support lebih banyak supaya mereka boleh ‘bawa keluar’ produk atau perkhidmatan mereka. Itulah misi dan ‘usahasama’ kita,” katanya.
Dr Azizan berkata barangan dan produk Islam adalah baik tetapi mestilah (usahawan) mengetahui teknik pemasarannya.
“Orang kita banyak produk yang bagus, tetapi tidak diuar-uarkan, tidak dipromosikan dengan baik,” ujarnya.
Friday, March 16, 2012
STATUS EDARAN/JUALAN DINAR DIRHAM KELANTAN
Kelantan Golden Trade (KGT) masih lagi mengedar Dinar Dirham Kelantan versi WIM 2010. Rekabentuk baru belum dapat diedar di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Jualan dan Edaran untuk Dinar Dirham Kelantan versi WIM 2010 masih berjalan seperti biasa melalui wakalah-wakalah KGT dan agen-agen mereka.
Terima Kasih.
Pihak Pengurusan
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Expansion of Dinar Dirham Syariah Currency in north region of peninsular Malaysia
Alhamdulillah, Praise To Allah S.W.T. Kelantan Golden Trade have
participated in 3rd Penang International Halal Expo & Conference,
PIHEC 2012 in PISA, Pulau Pinang on 24 - 26. February 2011. The main objective of this event participation is to introduce and educate the people and businesses on syariah currency Dinar and Dirham.Our booth attracted numerous visitors, We also received strong positive feedback from visitors.Pulau Pinang Chief Minister, YB Lim Guan Eng and Pulau Pinang State Mufti, Datuk Seri Haji Hassan Ahmad also visited our booth as guest of honour during the first day of the event.
We kindly would like to thank all guests for their visit and interest in Syariah Currency Dinar and Dirham. We would like to convey our thank you to Kelantan Goverment, Penang State Government and the expo organiser.
Pulau Pinang Chief Minister, YB Lim Guan Eng visited our booth.
Pulau Pinang State Mufti, Datuk Seri Haji Hassan Ahmad visited our booth.
We would like to express our gratitude to Our Dinar Dirham volunteer who have succesfully done their volunteering to educate, promote and encourage the people to own and use dinar dirham in Muamalat, daily usage.
Presently, we have set up our wakalah in Kedah state. We would like to invite companies and organization throughout the northern region of peninsular Malaysia states (Kedah, Pulau Pinang, Perlis and Perak) to join us as official wakalah.
more photos of the event can be accessed online at Kelantan Golden Trade Sdn Bhd's Official Facebook Page
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd will be participating in the 3rd Penang International Halal Expo & Conference (PIHEC 2012)
Alhamdulillah, Praise To Allah S.W.T. We proudly announce our participation in the upcoming PIHEC 2012, 3rd Penang International Halal Expo & Conference, PIHEC 2012
PIHEC 2012, 3rd Penang International Halal Expo & Conference
Date: 24th – 26th February 2012
Time: 10am to 8pm
Venue: PISA (Penang International Sports Arena), Pulau Pinang.Malaysia.
Visit our booth at A23 to get more information about Dinar and Dirham Kelantan.
Kelantan State Government Officially Launched Dinar & Dirham On 12th August 2010
This is the first time in the last 100 years, since the fall of the Ottoman Caliphate, when a Muslim government introduces Shariah Currency. Indeed there has been four generations of Muslims who have not seen Gold Dinar and Silver Dirham; four generations of Muslims who have been divided into little national reservations and sentenced to permanent robbery first by local, then by international Masters of Riba; four generations of Muslims who haven̢۪t known what is their Deen. The introduction of Gold Dinar and Silver Dirham in the state of Kelantan is not a new idea or experiment, it is the return to the medium of exchange that has been known for 1400 years throughout Dar al-Islam as Money of Shariah taking its legislation from Allah̢۪s Revelation and Rasul̢۪s Sunnah.sumber: dinarkel
Wednesday, March 14, 2012
Tuak Semakin Popular
Kelapa merupakan salah satu anugerah Tuhan yang banyak memberikan manfaat kepada manusia dalam kehidupan seharian. Segala yang berkaitan dengan pokok itu bermula daripada batang, daun, mayang dan buah mampu memberikan manfaat serta menjana pendapatan kepada mereka yang bijak menggunakan kelebihan yang ada pada pokok itu.
Selain air buahnya dijadikan minuman, daunnya digunakan untuk menganyam ketupat dan lidi sebagai penyapu.
Di samping itu mayang kelapa pula mampu mengeluarkan sejenis air yang boleh dijadikan minuman iaitu nira atau lebih dikenali sebagai 'tuak' di negeri ini.
Tuak kelapa merupakan sejenis minuman tradisi yang cukup popular di kalangan masyarakat negeri ini sebagai penghilang dahaga.
Tidak hairanlah minuman yang dihasilkan melalui keratan mayang kelapa itu mempunyai rasa enak dan lazat serta cukup laris ketika waktu panas dan setiap kali tiba bulan Ramadan.
Pengusaha minuman itu, Abdullah Ahmad, 70, berkata, setiap hari dia mampu menghasilkan 13 liter minuman tersebut daripada 15 batang pokok kelapa yang dimilikinya.
"Saya memungut tuak daripada mayang kelapa ini dua kali sehari iaitu pada pagi dan petang dengan setiap tuaian menghasilkan kira-kira 6.5 liter nira.
"Minuman itu dijual dengan harga RM3 bagi botol yang berisi 500 mililiter (ml).
"Selain tuak, saya turut menghasilkan manisan yang diperbuat daripada minuman tersebut untuk dimakan dengan ketupat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menceritakan bagaimana dia boleh menceburi bidang itu, Abdullah memberitahu, ia bermula secara kebetulan selepas memulakan projek tanaman kelapa mawar dan wangi di atas tanah miliknya yang terletak di Kampung Jubakar, dekat sini.
"Sebaik sahaja melihat mayang kelapa, terlintas di fikiran kenapa saya tidak cuba untuk menghasilkan tuak. Jadi bermula dari situlah saya belajar menghasilkan minuman tersebut.
"Masa mula-mula belajar, hampir setiap hari saya datang untuk melihat hasilnya. Selepas lapan hari barulah mayang kelapa tersebut mengeluarkan hasil.
"Dari situlah saya belajar dan terus belajar sehingga pandai menghasilkan minuman tersebut," katanya.
Tambahnya, kemahiran menghasilkan tuak itu diperturunkan kepada anaknya Zuhairi, 30.
Sementara itu, seorang penggemar tuak, Hassan Ali, 44, dari Kampung Chabang Empat, Tok Mek Ngah, Tumpat memberitahu, dia menggemari minuman itu disebabkan aroma dan rasanya yang enak.
"Air tuak cukup lazat diminum bersama ais. Rasanya sedikit masam bercampur manis mampu memberikan kepuasan kepada para penggemarnya.
"Tidak hairanlah minuman ini mendapat permintaan yang tinggi di kalangan para penggemarnya yang tahu akan keenakan rasa minuman ini," katanya.
Hassan memberitahu, setiap kali tibanya Ramadan, tuak akan mendapat sambutan tinggi sebagai minuman yang perlu ada sewaktu berbuka puasa.
"Sekarang agak sukar untuk mendapatkan tuak yang asli. Kebanyakan yang dijual telah dicampur dengan air gula dan ia akan merosakkan keaslian minuman tersebut.
"Ini boleh memberi kesan kepada mereka yang meminumnya seperti sakit perut. Jadi saya menasihati mereka yang menggemari minuman ini supaya berhati-hati," ujarnya.
sumber: Utusan
Saturday, March 10, 2012
BOJAN HODAK TEKAD THE RED WARRIORS BANGKIT | CARA PERMAINAN YANG KREATIF SEPERTI BARCELONA
BOJAN HODAK TEKAD THE RED WARRIORS BANGKIT | CARA PERMAINAN YANG KREATIF SEPERTI BARCELONA
BOJAN HODAK TEKAD THE RED WARRIORS BANGKIT | CARA PERMAINAN YANG KREATIF SEPERTI BARCELONA,Biarpun masih baru mengendalikan pasukan Kelantan,melihat kepada perlawanan bertemu negeri sembilan,Bojan mengakui, skuad the red warriors belum mencapai tahap sebenar yang diinginkan dan akan berusaha mencari jalan untuk meningkatkan keupayaan pemain the red warriors.Tekad Bojan Hodak untuk The Red Warriors :Bojan tekad mengubah persembahan Kelantan yang terkenal dengan hantaran jauh sebelum ini kepada hantaran pendek seperti dilakukan kebanyakan kelab terkemuka dunia.
Ulasan Bojan Hodak : Kemenangan ke atas Negeri Sembilan adalah satu permulaan baik bagi saya, malah pemain dapat melaksanakan arahan tetapi saya lihat masih ada kelemahan yang perlu dibaiki dan the red warriors mempunyai ramai pemain yang bagus tetapi memerlukan cara permainan yang kreatif seperti pasukan hebat Barcelona, dan kita akan menuju ke arah itu tidak lama lagi.Kami penyokong setia the red warriors sentiasa menyokong setiap pembangunan dan transformasi yang di lakukan bagi meningkatkan prestasi dan kejayaan pasukan kesayangan kami.Walauapapun yang dirancang,kami mahukan kemenangan.
“KAMI PENYOKONG SETIA THE RED WARRIORS ,MENUNGGU KEBANGKITAN YANG MEMBANGGAKAN”
sumber: berita harian
Sunday, March 4, 2012
KELANTAN NEGERI SERAMBI MEKAH: Wali Songo Adalah Utusan Pendakwah Kerajaan Kelantan Ke Tanah Jawa (Hindu)
Jiwa rakyat Kelantan sememangnya Islam. Tak maju pun takpa asalkan
Islam. Mereka tak pandang langsung kehidupan duniawi ala2 mat salleh
London gitu. Bukan matlamat mereka nak setanding dengan mat salleh
London. Jiwa mereka adalah jiwa Islam, negeri mereka digelar Serambi
Mekah sebelum Parameswara membuka negeri Melaka lagi. Bukan parti Pas
yang memandai2 letak nama Ketantan Negeri Serambi Mekah. Sememangnya
Kelantan dulu pernah menjadi Pusat Penyebaran Islam bernama Empayar Cermin Mekah yang mana Campa, Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi semuanya di bawah naungan Empayar Cermin.
Kerajaan Cermin berjaya mengIslamkan negeri-negeri di bawah naungannya melalui Ulamak-ulamak Melayu berketurunan Arab.
Sedihnya hanya segilintir sahaja orang-orang Melayu Kelantan sendiri yang mengetahui tentang Kerajaan Cermin. Ulamak2 ini telah menaiki kapal laut untuk ke seluruh Nusantara bagi tujuan dakwah. Misi yang paling terkenal ialah misi dakwah Wali-wali Kelantan ke Tanah Jawa. Di sana, mereka dikenali dengan gelaran WALI SONGO. Dan Bukit Panau di sebelah Danau Tok Uban (sempadan Tanah Merah-Pasir Mas di Kelantan) itulah tempat Wali 9 merancang segala plan dakwah mereka di Pulau Jawa. Kecuali anda buta huruf dan buta mata, anda boleh baca nama tempat itu pun 'tanah merah' dan 'pasir mas'. Itu lah nama Kelantan purba !! Negeri yang kaya dengan emas.
Sedihnya hanya segilintir sahaja orang-orang Melayu Kelantan sendiri yang mengetahui tentang Kerajaan Cermin. Ulamak2 ini telah menaiki kapal laut untuk ke seluruh Nusantara bagi tujuan dakwah. Misi yang paling terkenal ialah misi dakwah Wali-wali Kelantan ke Tanah Jawa. Di sana, mereka dikenali dengan gelaran WALI SONGO. Dan Bukit Panau di sebelah Danau Tok Uban (sempadan Tanah Merah-Pasir Mas di Kelantan) itulah tempat Wali 9 merancang segala plan dakwah mereka di Pulau Jawa. Kecuali anda buta huruf dan buta mata, anda boleh baca nama tempat itu pun 'tanah merah' dan 'pasir mas'. Itu lah nama Kelantan purba !! Negeri yang kaya dengan emas.
Saturday, March 3, 2012
ORANG ARAB CAKAP KELANTAN
Fakta Ustaz Muhammad Aziz
- Merupakan merupakan ahli termuda dalam majlis fatwa Mesir.
- Biasa datang ke Malaysia untuk mengadakan ceramah di institusi pengajian tinggi, matrikulasi dan sekolah-sekolah.
- Mengambil masa 10 tahun untuk menguasai bahasa melayu (loghat kelate)
Subscribe to:
Posts (Atom)