Thursday, March 22, 2012

Orang Kelantan memang Kaya.....



Fakta Kelantan Paling Kaya

  1. Rumah di Kelantan banyak besar-besar, dan merupakan rumah tanah lot, bukannya rumah taman yang kena beli. Dan ianya milik Melayu Kelantan.
  2. Emas di Kelantan antara emas paling baik di Malaysia. Dan Kelantan antara negeri pertama perkenalkan Dinar Emas sebagai matawang ... dan pelaburan.
  3. Ramai penduduk Kelantan terutama wanitanya pakai emas sampai berat leher, gelang sampai ke lengan.
  4. Emas dijual secara jaja menjaja je ..jual tepi jalan je .....maknanya ramai mampu nak jual beli emas kat Kelantan.
  5. Kaum bumiputera Kelantan antara ramai paling berjaya dalam perniagaan. Banyak bisnes sendiri yang berjaya di Kelantan.
  6. Lembu-lembu dijual di tepi jalan je ... fresh ... daging fresh selalunya mahal, tak macam tempat lain lebih suka daging sejuk beku dari India, Australia. 
  7. Kedai perniagaan di Kelantan, majoriti adalah Melayu. Besar-besar lak tu.
  8. Masih lagi banyak kuih-muih dan makanan yang dijual murah - tunjukkan bahawa peniaga di sana tak kesempitan hidup untuk sewenangnya naikkan harga barang.
Banyak lagi sebenarnya yang menunjukkan kelantan ini sebuah negeri ynag kaya dan tidak tunjuk belang dari segi ekonomi dan perwatakan. Apa yang penting, hidup ini penuh dengan keikhlasan dan nilai murni yang tinggi.

No comments:

Post a Comment