Tuesday, January 31, 2012

Wanita 'kuasai' pasar Hatyai


PASAR Siti Khatijah di Kota Bharu, Kelantan sememangnya menjadi lambang kegigihan kaum wanita mencari rezeki.
Majoriti peniaga di situ adalah wanita, bersesuaian dengan nama Siti Khatijah, isteri Rasulullah SAW yang juga seorang pedagang.
Namun, suasana kaum wanita Islam menjadi peniaga bukan sahaja dapat dilihat di Kota Bharu tetapi juga di Hatyai, Thailand.
Ketika mengikuti lawatan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Selama, Perak yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Mohammd Rodzi Awang Kechek baru-baru ini, penulis berkesempatan meninjau kemeriahan pasar tersebut terutamanya di waktu pagi.
Di mana-mana sudut di pasar itu anda akan menemui peniaga-peniaga wanita tekun menjalankan perniagaan mereka.
Pelbagai barangan keperluan harian diniagakan dari sayur-sayuran hinggalah kepada rempah ratus.
Apa yang menarik, pasar Hatyai bukan sahaja melambangkan kegigihan kaum wanita Islam, tetapi juga bukti bahawa tiada diskriminasi dilakukan oleh pemerintah Thailand terhadap masyarakat Islam.
Peniaga-peniaga Islam dapat menjalankan perniagaan mereka dengan tenang tanpa apa-apa gangguan dan paling mendapat perhatian ialah hubungan erat mereka dengan warga Thailand yang lain.
Di pasar Hatyai, wanita Islam yang berniaga terdiri daripada pelbagai peringkat umur dari remaja hinggalah ke warga emas.
Pelbagai gelagat dapat dilihat semasa mereka menjalankan urusan tersebut terutamanya ketika tawar-menawar dengan pelanggan.
Kehadiran peniaga wanita di situ, dianggap daya penarik utama kepada orang ramai, malah pelancong asing juga kagum melihat suasana di pasar itu.
Mereka melihat kegigihan kaum wanita yang menjual pelbagai barangan dari awal pagi hinggalah ke petang.
Apa pun, Hatyai hakikatnya baru bangkit semula selepas dilanda banjir besar bulan lalu. Bencana alam itu dikatakan mengakibatkan seluruh bandar Hatyai ditenggelami air.
Akibat bencana tersebut industri pelancongan Hatyai terjejas teruk manakala peniaga-peniaga mengalami kerugian cukup besar.
Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat mereka, sebab itulah apabila banjir pulih, peniaga-peniaga kembali menjalankan perniagaan mereka dengan tekun.
Pasar Hatyai sememangnya cukup terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana di situ segala keperluan harian bukan sahaja boleh diperolehi dengan mudah tetapi juga harganya murah.
Malahan ada rakyat Malaysia turut membeli-belah di pasar tersebut terutamanya rempah ratusnya yang dikatakan cukup enak.
Sememangnya, selama dua jam membuat tinjauan di pasar itu, penulis tertarik dengan gelagat kaum wanita Islam di situ.
Ia menjadi bukti bagaimana kaum wanita sememangnya hebat dalam perkara berkaitan perniagaan.
Menjelang petang, operasi pasar berkenaan agak perlahan kerana peniaga-peniaga sudah menutup perniagaan mereka, tetapi sesuatu yang perlu dicontohi ialah bagaimana mereka menjaga kebersihan.
Walaupun pasar Hatyai sentiasa sesak, namun kebersihannya tidak terdapat di sebahagian besar pasar di negara kita. Ia kerana kebersihan menjadi perkara yang paling dititikberatkan.
Sesungguhnya kegigihan kaum wanita dan kebersihan pasar Hatyai perlu diteladani serta dicontohi.

sumber: Utusan

Gambar Stadium Kelantan Baru

Salam satu malaysia semua.nampaknya hari ini stadium yang di impi-impikan rakyat kelantan sudah pun siap sepeuhnya.beruntungnya jadi warga kelantan kerana ketua menteri kelantan minat bola itu pasallah dia bina stadium hanya untuk bola sepak sahaja.menurut menteri besar kelantan,stadium ini dibina bertarafkan antara bangsa dan memang spcial kerana stadium ini hanya untuk sukan bola sepak.dia mengatakan lagi stadium kelantan terbaru ini akan bertemakan merah dan putih yang melambangkan negeri kelantan.stadium ini ada banyak kelebihannya antaranya stadium ini boleh memuatkan penonton seramai 40,000 orang dan yang pastinya para penonton akan terlalu dekat dengan padang tersebut track larian tiada dibina sebab sudah khas stadium ini hanya untuk sukan bola sepak sahaja.di bawah ini merupakan gambar-gambar stadium baru kelantan.

Signatur Makana Kelantan



MEREKA yang menggemari keenakan sajian negeri Cik Siti Wan Kembang seperti nasi kerabu atau nasi dagang, Restoran Kelantan Delights boleh menjadi lokasi sesuai untuk berbuka puasa.

Lokasi yang terletak di Sooka Sentral, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur amat strategik untuk dikunjungi terutama bagi mereka yang bekerja di kawasan sekitarnya.

Tarikan utama bufet Ramadan pada tahun ini pastinya lauk pauk dan manisan dari Kelantan. Menariknya, seleksi hidangan yang tidak terlalu banyak tetapi eksklusif membuatkan anda lebih mudah untuk memilih lantas menikmatinya.

"Menu kami sentiasa bertukar. Setiap hari sebanyak 12 aneka pilihan boleh dicuba. Juadah utama yang menjadi permintaan pelanggan setia ialah nasi kerabu dan nasi dagang.

"Kalau dua menu ini tidak ada, memang pengunjung akan tertanya-tanya. Jadi saya ambil keputusan untuk mengekalkan menu tersebut sepanjang Ramadan," jelas Pengerusi Eksekutif Kelantan Delights, Juhaidi Yean Abdullah.
Dalam pada itu, Kelantan Delights turut tidak lupa untuk menghidangkan pengunjung dengan menu popular dari negeri lain.

Bagaimanapun, bagi anda yang tidak mahu menikmati kedua-dua nasi tersebut tidak perlu bimbang. Ini kerana lauk pauk lain seperti ayam masak lemak cili api, ayam goreng rempah, siakap sambal, udang sambal dan ikan bakar disediakan untuk dimakan bersama nasi putih.

Tambah membangkitkan selera apabila anda boleh menikmati seleksi mi, bihun dan kuetiau sup. Uniknya, sup tersebut menggunakan ramuan rebusan tulang lembu.

Restoran yang turut menyediakan ruang makan ala kampung seperti sudut bersila dibuka sehingga pukul 9 malam. Selain itu, bagi anda yang ingin menikmati panorama indah kota Kuala Lumpur boleh memilih berbuka di ruang luar

Kelantan Syurga Makanan

Kaya Dengan Juadah Makanan

Negeri di Pantai Timur ini mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.
Anda mungkin tertawa tatkala mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali.
Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu.
Menurut Pengarah Pelancongan Negeri Kelantan Muhammad Zaki Talib, Kelantan sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan yang 'eksotik' namanya namun itulah hakikat betapa hebatnya aneka makanan tradisi negeri ini yang tidak akan kita jumpa di tempat lain.
Kuih-muih dan makanan tradisional Kelantan sebenarnya juga merupakan produk yang boleh dijual atas nama pelancongan sebagai daya tarikan melawat negeri ini.
Dengan kekuatan tarikan makanan dan kebudayaan ditambah dengan sikap ramah dan mudah mesra masyarakat Kelantan, negeri ini sentiasa bersedia untuk menerima kunjungan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara, katanya.
Sebagai contoh, Pesta Makanan Kelantan/Pesta Nasi 100 yang diadakan selama tiga hari bermula 01 Julai 2011 adalah bukti betapa kayanya masyarakat di negeri ini dengan pelbagai jenis makanan. Pendek kata, Kelantan sememangnya tersohor sebagai negeri yang mempunyai keunikan dan kepelbagaian makanan tersendiri.

Monday, January 30, 2012

Kenapa Melayu kelantan banyak hebat dan berjaya di Malaysia?????????

saya terjumpa dalam satu thread website kat wangcyber.com yang menyatakan
orang kelantan nie hebat. Yang komen nie adalah anak jati pulau pinang... orang kelantan just baca..
Assalamualikum dan semoga diberkati Allah

"Maafkan saya saya anak jati melayu pulau pinang tapi saya ada banyak member melayu kelantan

Disini saya nak share kenapa ramai anak melayu kelantan berjaya baik di sekolah SPM baru baru ini ada budak melayu pompuan kelantan dapat 201A dengan SPM juga

Top Student banyak Universiti baik UiTM USM universiti Malaya yang dapat first class degree honour adalah orang kelantan

Bagi bidang bisnes banyak bisnes marketing baik MLM dan pelbagai biz internet juga dipelopori orang kelantan

Bisnes emas yang bermutu juga dipelopori orang kelantan

Jika anda rajin makan tom yam di pelusuk negeri malaysia baik di kedah di penang di selangor atau di mana sahaja di Malaysia banyak biz makanan tom yam di pelopori orang kelantan

Pergh bagi saya anak melayu pulau pinang saya dah nampak situasi ini sejak saya melangkah ke UiTM

Semangat negeri pun kuat malah jika ke mana mana akan bawa bendera kelantan di belakang kereta di motor

Fuh negeri lain pun tak buat camtue

Bukan nak lekehkan negeri saya Pulau Pinang tapi majoriti melayu pulau pinang suka keja kilang suka makan gaji dan terlalu sikit bilangan nak menceburi bidang bisnes

Mentaliti Melayu Pulau Pinang suka makan gaji

Sejak saya masuk Universiti dan menempuh alam pekerjaan tidak di nafikan melayu kelantan nie banyak hebat saya pun campur juga bleh la kecek klate sikit sikit faham la sikit

Media massa selalu tunjuk kelantan tidak semaju negeri lain di Malaysia tapi semangat bisnes dan belajar mereka susah nak digugat

Bila masuk bidang internet pun sekali lagi saya terkejut orang kelantan banyak hebat dalam bisnes internet

Pemilik RHB bank Rashid Hussein Bank pun orang melayu kelantan

Dasyat tue semangat saya pun ambik juga semangat diorang belajar semangat biz semangat untuk memajukan diri

Maaf jika thread saya menyinggung perasaan semua

tapi ini adalah nukilan pengalaman kehidupan saya"
 


"memior of the childhood"-memori masa kanak-kanak

ramai di kalangan anda ingat apa yang anda lakukan masa kanak-kanak dahulu.saya tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak dahulu apabila melihat gambar-gambar budaya masyarakat kelantan"sebab ak mamang anak kelantan kot". Budaya dan permainan tersebut mungkin juga terdapat di negeri-negeri lain di malaysia.















suka makan atau kait buah exotik:


 yang nie saya pro sangat la:
buat wau
serangga yang anda jumpa bawah rumah kayu:orang panggil ape ek?
checkbu?
(semua gambar hiasan sahaja)

lol...lawok2


JANGAN GELAK 1:
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak...
Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku..."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."

JANGAN GELAK 2:
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer
. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang... Setelah memasukkan wang
RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00... mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai- ramai!"

JANGAN GELAK 3:
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya.. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.
Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur.. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.
"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."
Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! "

JANGAN GELAK 4:
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian.... lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya. .
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

JANGAN GELAK 5:
MENANTU TERENGGANU : MOK...KALU MOK GI KEDAA... TOLONG BELI 'KETANG' 4 KILO........ NANTI KITO BAYAR
MENTUA KELANTAN : BEREEEHHH... ..
SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI......... ......... ......
MENANTU TERENGGANU : LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG'(ubi kentang)... BANYOK-BANYOK NI....
MENTUA KELANTAN : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang).... .
PAH TU KETE MANO PULAKKKK...
MENANTU TERENGGANU : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI
'KETANG'..... . HOK ADA SEPIK NUNG......(sepit / ketam)...

Sunday, January 29, 2012

Jualan dinar dan dirham Kelantan lebih RM41 juta

KOTA BHARU – Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual belinya.
Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu.
Husam menjangkakan keuntungan bersih itu akan meningkat lagi pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya petang semalam.
“Hari ini juga kita akan perkenalkan reka bentuk baru dinar sempena tahun baru hijrah 1433 hijrah, termasuk mengeluarkan setengah dinar, 2.16 gm, dua dinar, lapan dinarpun ada,” ujarnya.
Husam berkata, perbezaan dinar lama dengan yang baru dikeluarkan ini, ciri-ciri keselamatan, termasuk kalimah ‘Lailahaillallah.. Muhammadurasulullah yang menggunakan hologram.
Sehubungan itu, Husam berkata, dinar berkenaan muncul sebagai dinar yang pertama mempunyai ‘hologram’.
Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pengeluaran dinar dan dirham di negeri ini, ianya diakui terbaik berbanding yang dikeluarkan dalam sejarah manusia.
Husam juga turut mendedahkan Dinar Kelantan mempunyai Kod DNA untuk menjaga keselamatan dinar tersebut.
“Kita jangka dinar ini akan diedarkan pertengahan Febuari 2012,” ujarnya.
Selain itu, katanya KGT turut mengeluarkan ‘dirham kenangan’ bernilai 10 dirham untuk golongan remaja dan wanita yang boleh dibeli dengan harga RM250, iaitu mengikut harga pasaran semasa.
Katanya, pengeluaran dirham itu begitu terhad dan mempunyai reka bentuk yang menarik sempena keluaran khas.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang berminat untuk memiliki dinar dan dirham berwajah baru itu boleh didapati di wakalah (cawangan yang sah) sama ada dalam dan luar Kelantan.

Kelantan berkuasa


PENYANDANG juara, Kelantan meneruskan penguasaan Liga Super dan mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Bermula garang di babak pertama, deretan peluang tuan rumah bagaimanapun gagal disempurnakan barisan depan yang diterajui Norshahrul Idlan Talaha tetapi sebaik babak kedua bermula, penyerang kebangsaan itu memecah kebuntuan dengan menanduk masuk hantaran Indra Putra Mahyuddin (m-46).
Sorakan lebih 20,000 penyokong Red Warriors sekali lagi bergema pada minit ke-72 apabila kapten Mohd Badri Radzi melebarkan jaringan tuan rumah selepas memanfaatkan sepakan percuma untuk gol kedua Kelantan sebelum pemain importnya, Denny Antwi melengkapkan kemenangan pada minit ke-77.
Sumber: Berita harian

Saturday, January 28, 2012

Keturunan Nik, Wan, Tuan, Che, Tengku Kelantan-Patani dan Terengganu Berasal Dari Syed Hussein Jamadil Kubra???

Artikel Dari Sebuah Forum: KETURUNAN NIK,WAN,TUAN, CHE, TENGKU KELANTAN BERASAL DARI SYED HUSIEN JAMADIL KUBRA???
Ini plak misteri mencari Sayyid Hussein Jamadil Kubra (www.forum.cari.com/)
WonBin:
Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU SEJARAH DI SEKOLAH.
1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.
2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.
3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.
4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.
5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.
6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.
7. Beliau ketua Wali 7.
8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa.
WonBin:
WALI 7
Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama ‘Jiddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.
Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.
Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini ‘tersorok’ dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.
Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.
Semua informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard Winsteadt.
Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa.
Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.
Kota Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan.
Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.
Kini Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar.
RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu.
Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong
Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong.
Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.
Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.
Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji.
Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.
BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU
Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak..
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak
yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat
dan ahli-ahli kaji sejarah.
Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.
Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdillah.
Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.
Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.
Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri.
(Brikut petikan dari: http://pkrjk.blogspot.com/2007/07/sejarah-kerabat-raja-jembal-kelantan.html)

Universiti Limkokwing mahu bina kampus di Kelantan

KOTA BHARU – Universiti Limkokwing berhasrat membina sebuah kampus tetap di Machang, Kelantan sekali gus menjadikan negeri ini hab operasinya di wilayah Pantai Timur.
Naib Presidennya, Raja Aznil Raja Hisham berkata, kerja-kerja awal membabitkan topografi tanah telah dilakukan di tapak kampus berkenaan seluas kira-kira lapan hektar.
Beliau berkata, pembinaan kampus itu yang berkonsepkan mesra alam, merupakan sebahagian daripada perancangan perluasan operasi universiti berkenaan di seluruh negara yang turut membabitkan cadangan membina kampus di Wilayah Iskandar, Johor untuk zon Selatan dan Langkawi, Kedah bagi zon Utara.

“Kos pembinaan kampus berkenaan masih belum dapat diputuskan, ia bergantung kepada reka bentuk kampus yang dijangka mengambil masa selama kira-kira tiga tahun untuk siap,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara universiti itu dengan kerajaan negeri Kelantan membabitkan pelaksanaan program pembangunan modal insan di sini.
Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Majlis MoU itu diadakan sempena Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif Kelantan 2011 selama dua hari berlangsung di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini.
Melalui perjanjian tersebut, pihak universiti tersebut yang akan beroperasi di bangunan sementara di Wisma Yakin dekat sini, akan mengambil seramai 200 pelajar terutama bekas pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk mengikuti program pengajian profesional diploma.
Menurut Raja Aznil, pengambilan tersebut akan dilakukan pada April tahun depan membabitkan kursus-kursus seperti kreatif, animasi, bunyi dan digital bagi tempoh dua tahun.
Beliau berkata, cadangan membina kampus di Kelantan telah lama dirancang mengambil kira peluang yang ada di negeri ini dan kampus yang bakal dibina itu dijangka mampu menampung sehingga 9,000 pelajar apabila siap sepenuhnya.
Mengenai MoU yang ditandatangani, beliau berkata, ia membabitkan pembangunan modal insan di kalangan anak-anak tempatan khususnya bumiputera dari segi industri kreatif.
Dalam pada itu, Ahmad berkata, pihak kerajaan negeri akan memilih bekas pelajar terbaik YIK untuk mengikuti program di universiti berkenaan dengan kos pengajian akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan supaya mereka kelak dapat memberi sumbangan ke arah pembangunan negeri.
//utusan malaysia

Friday, January 27, 2012

7 FAKTA MENGENAI PENYOKONG KELANTAN DAN BOLASEPAK KELANTAN YANG PIHAK LUAR TIDAK TAHU

1-Stadium sentiasa penuh.
'' Kalau ingin merasakan kehangatan dan kemeriahan bola sepak sekarang, datangla ke stadium Sultan Muhammad ke IV " ..
itulah petikan ayat dari pengulas sukan nadi arena, Zainal Abidin Rawof.Ya stadium keramat kami sentiasa penuh, penuh dengan penyokong yang terlalu sayangkan Kelantan.Tiket mahal itu memang tdaik dapat dinafikan tetapi demi kecintaan terhadap bolasepak Kelantan , wang bukan penghalang segalanya.Kelantan merupakan pencetus fenomena sukan bolasepak Malaysia.
Fenomena lautan mereka biasa kelihatan di stadium kami dan juga pentas final.
2- Memang kami sokong bola tapi yang wajib kami tak tinggal.
" Aik masuk stadium awalnya, pukul 6 dah masuk , mesti tak solat " .
- Di akui di dalam Stadium Sultan Muhammad ke IV tidak mempunyai tempat khas untuk para penyokong solat berjemaah tapi pihak Perbadanan Stadium mencari inisiatif dengan membentangkan tikar untuk memudahkan para penyokong menunuaikan solat.Masjid yang terdapat di luar stadium tidak mampun menampung bilangan penonton yang terlalu ramai. Jadi menyediakan tikar adalah salah satu langkah bijak .Di suatu sudah di Gate H, penonton akan dihidangkan dengan pemandangan yang begitu indah sekali.Solat berjemaah.
Penyokong Kelantan melakukan solat jemaah.
Namun , penyokong bolasepak Kelantan juga tidak terhad kepada lelaki semata-mata kerana bola ialah sukan rakyat maka kaum kaum wanita tidak lupa menghadirkan diri ke stadium.Fenomena kehadiran penyokong di kalangan wanita ke stadium sudah menjadi perkara biasa di Kelantan.Tapi pujian harus diberikan kepada kaum wanita Kelantan kerana masih mampu menunaikan solat di stadium walaupun agak 'susah' pada dasarnya.Tapi nak seribu dalih , tak nak seribu daya.
kredit picture untk Jeming Hassan.Ini bukan gambar edit. 
3.PENYOKONG KELANTAN TIDAK MEMBAKAR BENDERA NEGERI LAIN.
Sehina hina kami, kami tidak pernah membakar bendera negeri orang lain malahan orang lain yang membakar bendara kami.Adakah ini cukup membuktikan bahawa kami tidak bersalah dalam hal ini.Tetapi pandangan luar tentang kami tetap kebusukkan itu.
Seperti yang berlaku di stadium Paroi
Bendera Kelantan dibakar . :(
4.PENYOKONG LUAR TIDAK BERANI DATANG KE SSMIV KERANA PENONTON KELANTAN SUKA GADUH.
Dimana mana stadium pun memang akan ada jenis manusia yang berperangai teruk.Datang dari jeruk mana dan selalu membuat kacau di stadium.Kejadian ini bukan berlaku di stadium kami sahaja malah hampir semua stadium benda ni berlaku.Sebagai contohnya , aku sendiri bersama dengan Ultras Kelantan The Red Mania "awaydyas" ke Terengganu semasa pusingan kelayakan Separuh Akhir Piala Malaysia 2011.Penyokong Kelantan tidak membuat provokasi tetapi sebaliknya apabila penyokong Terengganu yang membuat probikasi sehingga di denda.Kami menerima layanan yang buruk tapi kami tidak melayan orang luar sebegitu di stadium kami.
Sebagai contohnya Perlawanan antara Selangor dan Kelantan dalam saingan Piala Super pada 26hb April 2011. Kelantan menerima kunjungan dari UltraSel yang membawa penyokong mereka sebagai tanda sokongan kepada pasukan mereka.Saya sempat bersama mereka dan kenyataan bahawa penyokong luar yang akan di baling dengan objek tidak sama sekali.
Kredit picture untuk Anak Memberontak
Penyokong Kelantan dan UltraSel bersama sama berchant di luar stadium.
Cerita mengenai Kedatangan penyokong Selangor yang bertandang ke Kelantan ada disini dan gambar : LINK
cerita mengenai kunjungan Penyokong selangor yang ditulis oleh penyokong selangor ada DISINI.
Kelantan juga pernah menerima kunjungan dari penyokong pasukan Pahang semasa saingan Liga Super pada bulan Mei yang lepas.Kedatang mereka juga tidak berlaku sebarang masalah malahan mereka menolak akan kenyataan yang menyatakan bahawa Stadium Kelantan tidak menerima orang luar.
Salah seorang penyokong Pahang bersama komrad Ultras Kelantan The Red Mania.
Stadium Sultan Muhammad ke IV juga menerima kunjungan dari musuh pantai timur kami iaitu Terengganu.Kami hanya musuh di padang bola sahaja tapi Kelantan Terengganu sama sahaja tapi bila ada sesetengah penyokong yang kurang cerdik maka berlaku berbalahan antara kedua dua penyokong.
Gambar sedikit Blur.Kedatangan penyokong Terengganu ke stadium sewaktu  menemukan Kelantan dan Terangganu bagi saingan Piala Malaysia 2011 baru baru ini.Penyokong Terengganu berada di Gate H sebelum di arah oleh RELA untuk berpindah ke ASTAKA kerana malam tersebut merupakan GAME PANAS.

5.TIDAK MENGHINA NEGERI LAIN DAN MELAKUKAN PROVOKASI MURAHAN SAMA ADA DI DALAM FACEBOOK ATAU BLOG.
Banyak sudah berlaku yang mana ada penyokong negeri lain yang tidak berpuas hati dengan penyokong Kelantan sehingga memburukkan Negeri Kelantan di dalam laman sosial.Ada yang lebih memburukkan juga adalah ada segelintir penyokong menghina Sultan Kelantan sehingga laporan polis terpaksa kerana kenyataan menghina sultan yang memimpin kami.
Terbaru adalah mengenai seorang penyokong Terengganu yang menyalahkan Kelantan setelah Terengganu gagal dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2011.Tindakan beliau yang membuat kenyataan tanpa membuat kajian telah dikejam hebat oleh penyokong Kelantan .
KISAH FITRAH BINTI KAMARUDIN l PENCETUS KONTROVERSI.
Selain itu juga terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab dengan membuat kenyataan yang berunsur hinaan keatas Tuan Guru Nik Aziz dalam blog beliau.Beliau telah mempersendakan  Tuan Guru Nik Aziz yang kita hormati semua.Kenyataan pemilik blog yang bernama WAHYU LIANA itu menimbulkan kontroversi sehingga ibu beliau terpaksa membuat permohonan maaf kepada rakyat Kelantan.
Sila Klik gambar . 
JANGAN NAK MENYALAK DI PAGAR ORANG KALAU PAGAR RUMAH SENDIRI ADA ANJING
( CERITA BELIAU )
6.MEMPUNYAI PENGURUSAN BOLASEPAK TERBAIK DI MALAYSIA l PENGURUSAN TAN SRI ANNUAR MUSA DIPUJI.
Tan Sri Annuar Musa merupakan arkitek yang bertanggungjawab membangunkan pembangunan bolasepak Negeri Kelantan.Kehebatan pengurusan beliau menyebabkan pasukan bolasepak Kelantan digeruni oleh pasukan lain dan ditambah pula dengan pemilihan jurulatih dan juga pemain yang hebat.
Kecekapan dan kehebatan TSAM membangunkan bolasepak Negeri Kelantan telah mendapat perhatian dari pihak luar sehingga beliau layak digelar BAPA PEMBANGUNAN BOLASEPAK KELANTAN malahan tidak keterlaluan dikatakan sebagai BAPA PEMBANGUNAN BOLASEPAK MALAYSIA.
Tahniah Tan Sri Annuar Musa dan KAFA
Namun Tan Sri Annuar Musa juga bukan prihatin kepada pembangunan bolasepak Negeri Kelantan tetapi juga pembangunan sukan bolasepak Malaysia.Sebagai tanda sokongan beliau terhadap suara rakyat, beliau telah bersamasama kumpulan perarakan Ultras Malaya yang memboikot perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di perkarangan Stadium Shah Alam ekoran tindakan Pesatuan  Bolasepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket.
Keprihatian beliau turun padang mendengar keluhan pencinta bolasepak seharusnya dipuji. :) sekali lagi tahniah Tan Sri Annuar Musa.
7.ULTRAS KELANTAN MERUPAKAN ULTRAS TERBAIK DI MALAYSIA ( DIKALANGAN ULTRAS2 NEGERI )
Fenomena baru yang cuba dibawa di dalam bentuk sokongan kepada pasukan negeri masing masing adalah dengan terbinanya Ultras.Ultras merupakan sebuah kumpulan penyokong yang akan menyokong pasukan mereka tidak kira menang atau kalah dan akan berdiri selama 90 minit sambil berchant menyanyikan lagu pembakar semangat .Ultras Kelantan yang ditubuhkan seawal tahun 2011 menampakkan sokongan dari peminat bolasepak Kelantan walaupun pada mulanya kehadiran mereka tidak dapat diterima .
Pada kejohanan Futsal Ultras Malaya yang mana Kelantan menjadi tuan rumah telah menobatkan Ultras Kelantan The Red Mania sebagai Ultras Terbaik kerana kecekalan komrad Ultras Kelantan yang sentiasa teguh walaupun di hujani dengan kata kata kesat.
Jadi pihak luar seharusnya berhenti memperkatakan perkara yang tidak benar mengenai penyokong Kelantan.Jangan menghina kami.Buka minda, celik mata dan pandang ke depan.Adakah benar penyokong Kelantan ini bermasalah.Adakah benar Kelantan sebuah negeri yang melahirkan penyokong yang ganas...? Tepuk dada tanya selera.
Jangan cepat menuding jari tanpa membuat kajian yang betul.
sumber:http://missyaniabdullah.blogspot.com/