1-Stadium sentiasa penuh.
'' Kalau ingin merasakan kehangatan dan kemeriahan bola sepak sekarang, datangla ke stadium Sultan Muhammad ke IV " ..
itulah petikan ayat dari pengulas sukan nadi arena, Zainal Abidin
Rawof.Ya stadium keramat kami sentiasa penuh, penuh dengan penyokong
yang terlalu sayangkan Kelantan.Tiket mahal itu memang tdaik dapat
dinafikan tetapi demi kecintaan terhadap bolasepak Kelantan , wang bukan
penghalang segalanya.Kelantan merupakan pencetus fenomena sukan
bolasepak Malaysia.
Fenomena lautan mereka biasa kelihatan di stadium kami dan juga pentas final.
2- Memang kami sokong bola tapi yang wajib kami tak tinggal.
" Aik masuk stadium awalnya, pukul 6 dah masuk , mesti tak solat " .
- Di akui di dalam Stadium Sultan Muhammad ke IV tidak mempunyai tempat
khas untuk para penyokong solat berjemaah tapi pihak Perbadanan Stadium
mencari inisiatif dengan membentangkan tikar untuk memudahkan para
penyokong menunuaikan solat.Masjid yang terdapat di luar stadium tidak
mampun menampung bilangan penonton yang terlalu ramai. Jadi menyediakan
tikar adalah salah satu langkah bijak .Di suatu sudah di Gate H,
penonton akan dihidangkan dengan pemandangan yang begitu indah
sekali.Solat berjemaah.
Penyokong Kelantan melakukan solat jemaah. |
Namun , penyokong bolasepak Kelantan juga tidak terhad kepada lelaki
semata-mata kerana bola ialah sukan rakyat maka kaum kaum wanita tidak
lupa menghadirkan diri ke stadium.Fenomena kehadiran penyokong di
kalangan wanita ke stadium sudah menjadi perkara biasa di Kelantan.Tapi
pujian harus diberikan kepada kaum wanita Kelantan kerana masih mampu
menunaikan solat di stadium walaupun agak 'susah' pada dasarnya.Tapi nak
seribu dalih , tak nak seribu daya.
kredit picture untk Jeming Hassan.Ini bukan gambar edit. |
3.PENYOKONG KELANTAN TIDAK MEMBAKAR BENDERA NEGERI LAIN.
Sehina hina kami, kami tidak pernah membakar bendera negeri orang lain
malahan orang lain yang membakar bendara kami.Adakah ini cukup
membuktikan bahawa kami tidak bersalah dalam hal ini.Tetapi pandangan
luar tentang kami tetap kebusukkan itu.
Seperti yang berlaku di stadium Paroi
Bendera Kelantan dibakar . :( |
4.PENYOKONG LUAR TIDAK BERANI DATANG KE SSMIV KERANA PENONTON KELANTAN SUKA GADUH.
Dimana mana stadium pun memang akan ada jenis manusia yang berperangai
teruk.Datang dari jeruk mana dan selalu membuat kacau di
stadium.Kejadian ini bukan berlaku di stadium kami sahaja malah hampir
semua stadium benda ni berlaku.Sebagai contohnya , aku sendiri bersama
dengan Ultras Kelantan The Red Mania "awaydyas" ke Terengganu semasa
pusingan kelayakan Separuh Akhir Piala Malaysia 2011.Penyokong Kelantan
tidak membuat provokasi tetapi sebaliknya apabila penyokong Terengganu
yang membuat probikasi sehingga di denda.Kami menerima layanan yang
buruk tapi kami tidak melayan orang luar sebegitu di stadium kami.
Sebagai contohnya Perlawanan antara Selangor dan Kelantan dalam saingan
Piala Super pada 26hb April 2011. Kelantan menerima kunjungan dari
UltraSel yang membawa penyokong mereka sebagai tanda sokongan kepada
pasukan mereka.Saya sempat bersama mereka dan kenyataan bahawa penyokong
luar yang akan di baling dengan objek tidak sama sekali.
Kredit picture untuk Anak Memberontak Penyokong Kelantan dan UltraSel bersama sama berchant di luar stadium. |
Cerita mengenai Kedatangan penyokong Selangor yang bertandang ke Kelantan ada disini dan gambar : LINK
cerita mengenai kunjungan Penyokong selangor yang ditulis oleh penyokong selangor ada DISINI.
Kelantan juga pernah menerima kunjungan dari penyokong pasukan Pahang
semasa saingan Liga Super pada bulan Mei yang lepas.Kedatang mereka juga
tidak berlaku sebarang masalah malahan mereka menolak akan kenyataan
yang menyatakan bahawa Stadium Kelantan tidak menerima orang luar.
Salah seorang penyokong Pahang bersama komrad Ultras Kelantan The Red Mania. |
Stadium Sultan Muhammad ke IV juga menerima kunjungan dari musuh pantai
timur kami iaitu Terengganu.Kami hanya musuh di padang bola sahaja tapi
Kelantan Terengganu sama sahaja tapi bila ada sesetengah penyokong yang
kurang cerdik maka berlaku berbalahan antara kedua dua penyokong.
5.TIDAK MENGHINA NEGERI LAIN DAN MELAKUKAN PROVOKASI MURAHAN SAMA ADA DI DALAM FACEBOOK ATAU BLOG.
Banyak sudah berlaku yang mana ada penyokong negeri lain yang tidak
berpuas hati dengan penyokong Kelantan sehingga memburukkan Negeri
Kelantan di dalam laman sosial.Ada yang lebih memburukkan juga adalah
ada segelintir penyokong menghina Sultan Kelantan sehingga laporan polis
terpaksa kerana kenyataan menghina sultan yang memimpin kami.
Terbaru adalah mengenai seorang penyokong Terengganu yang menyalahkan
Kelantan setelah Terengganu gagal dinobatkan sebagai Juara Piala
Malaysia 2011.Tindakan beliau yang membuat kenyataan tanpa membuat
kajian telah dikejam hebat oleh penyokong Kelantan .
KISAH FITRAH BINTI KAMARUDIN l PENCETUS KONTROVERSI.
Selain itu juga terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab dengan
membuat kenyataan yang berunsur hinaan keatas Tuan Guru Nik Aziz dalam
blog beliau.Beliau telah mempersendakan Tuan Guru Nik Aziz yang kita
hormati semua.Kenyataan pemilik blog yang bernama WAHYU LIANA itu
menimbulkan kontroversi sehingga ibu beliau terpaksa membuat permohonan
maaf kepada rakyat Kelantan.
Sila Klik gambar . |
JANGAN NAK MENYALAK DI PAGAR ORANG KALAU PAGAR RUMAH SENDIRI ADA ANJING
( CERITA BELIAU )
6.MEMPUNYAI PENGURUSAN BOLASEPAK TERBAIK DI MALAYSIA l PENGURUSAN TAN SRI ANNUAR MUSA DIPUJI.
Tan Sri Annuar Musa merupakan arkitek yang bertanggungjawab membangunkan
pembangunan bolasepak Negeri Kelantan.Kehebatan pengurusan beliau
menyebabkan pasukan bolasepak Kelantan digeruni oleh pasukan lain dan
ditambah pula dengan pemilihan jurulatih dan juga pemain yang hebat.
Kecekapan dan kehebatan TSAM membangunkan bolasepak Negeri Kelantan
telah mendapat perhatian dari pihak luar sehingga beliau layak digelar
BAPA PEMBANGUNAN BOLASEPAK KELANTAN malahan tidak keterlaluan dikatakan
sebagai BAPA PEMBANGUNAN BOLASEPAK MALAYSIA.
Tahniah Tan Sri Annuar Musa dan KAFA
Namun Tan Sri Annuar Musa juga bukan prihatin kepada pembangunan
bolasepak Negeri Kelantan tetapi juga pembangunan sukan bolasepak
Malaysia.Sebagai tanda sokongan beliau terhadap suara rakyat, beliau
telah bersamasama kumpulan perarakan Ultras Malaya yang memboikot
perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di perkarangan Stadium Shah Alam
ekoran tindakan Pesatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menaikkan harga
tiket.
Keprihatian beliau turun padang mendengar keluhan pencinta bolasepak
seharusnya dipuji. :) sekali lagi tahniah Tan Sri Annuar Musa.
7.ULTRAS KELANTAN MERUPAKAN ULTRAS TERBAIK DI MALAYSIA ( DIKALANGAN ULTRAS2 NEGERI )
Fenomena baru yang cuba dibawa di dalam bentuk sokongan kepada pasukan
negeri masing masing adalah dengan terbinanya Ultras.Ultras merupakan
sebuah kumpulan penyokong yang akan menyokong pasukan mereka tidak kira
menang atau kalah dan akan berdiri selama 90 minit sambil berchant
menyanyikan lagu pembakar semangat .Ultras Kelantan yang ditubuhkan
seawal tahun 2011 menampakkan sokongan dari peminat bolasepak Kelantan
walaupun pada mulanya kehadiran mereka tidak dapat diterima .
Pada kejohanan Futsal Ultras Malaya yang mana Kelantan menjadi tuan
rumah telah menobatkan Ultras Kelantan The Red Mania sebagai Ultras
Terbaik kerana kecekalan komrad Ultras Kelantan yang sentiasa teguh
walaupun di hujani dengan kata kata kesat.
Jadi pihak luar seharusnya berhenti memperkatakan perkara yang tidak
benar mengenai penyokong Kelantan.Jangan menghina kami.Buka minda, celik
mata dan pandang ke depan.Adakah benar penyokong Kelantan ini
bermasalah.Adakah benar Kelantan sebuah negeri yang melahirkan penyokong
yang ganas...? Tepuk dada tanya selera.
Jangan cepat menuding jari tanpa membuat kajian yang betul.
sumber:http://missyaniabdullah.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment