KOTA BHARU – Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini
begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham
berjumlah RM40,947,972.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul
sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual
belinya.
Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang
tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu.
Husam menjangkakan keuntungan bersih itu akan meningkat lagi pada tahun hadapan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya petang semalam.
“Hari ini juga kita akan perkenalkan reka bentuk baru dinar sempena
tahun baru hijrah 1433 hijrah, termasuk mengeluarkan setengah dinar,
2.16 gm, dua dinar, lapan dinarpun ada,” ujarnya.
Husam berkata, perbezaan dinar lama dengan yang baru dikeluarkan ini,
ciri-ciri keselamatan, termasuk kalimah ‘Lailahaillallah..
Muhammadurasulullah yang menggunakan hologram.
Sehubungan itu, Husam berkata, dinar berkenaan muncul sebagai dinar yang pertama mempunyai ‘hologram’.
Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pengeluaran dinar dan dirham di
negeri ini, ianya diakui terbaik berbanding yang dikeluarkan dalam
sejarah manusia.
Husam juga turut mendedahkan Dinar Kelantan mempunyai Kod DNA untuk menjaga keselamatan dinar tersebut.
“Kita jangka dinar ini akan diedarkan pertengahan Febuari 2012,” ujarnya.
Selain itu, katanya KGT turut mengeluarkan ‘dirham kenangan’ bernilai
10 dirham untuk golongan remaja dan wanita yang boleh dibeli dengan
harga RM250, iaitu mengikut harga pasaran semasa.
Katanya, pengeluaran dirham itu begitu terhad dan mempunyai reka bentuk yang menarik sempena keluaran khas.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang berminat untuk
memiliki dinar dan dirham berwajah baru itu boleh didapati di wakalah
(cawangan yang sah) sama ada dalam dan luar Kelantan.
No comments:
Post a Comment