Sunday, January 22, 2012

hidup Ultras The Red Worrior(penyokong kelantan)!

Dalam kemeriahan bolasepak Kelantan dan kehadiran puluhan ribu penyokong The Red Warriors, terselit srikandi-srikandi yang hadir membakar semangat pasangan kesayangan serta ada juga si gadis yang datang kerana teruja dengan aksi pemain pujaannya. Jika dulu bolasepak Kelantan sinonim dengan keganasan di dalam padang dan di luar padang, kini bolasepak Kelantan sudah berubah menjadi medan penyokong dan pemain mempamerkan aksi profesional mereka.



Terima kasih kepada srikandi The Red Warriors yang menjadi penyokong ketiga belas dan sebagai "tonik kuat" para pemain memburu kemenangan untuk Kelantan atau sebagai tempat berkongsi kekalahan. Kemunculan anda memantapkan lagi aura sokongan dan sorakan padu kami yang bergema di dalam stadium manakala sorakan anda bergema dalam hati para pemain.
walaupun kita menyokong TRWdengan depenuh hati, jangan pulak jadi macam gambar di atas. letih nak kutip adik oi....walaupun kita hanya penonton yang datang menyokong kumpulan kita, biarlah ada sikap sportmanship yang tinggi. Insyaalllah janganlah terjadi kepada kita.

No comments:

Post a Comment