Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis
pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan
tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan,
Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang
diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat
perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol. Budu
boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan
lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.
Budu yang berasal dari negeri sebelah
pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para
ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New
Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu
memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic
dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai
penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu
kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang
dianggap makan "kuno". Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal
bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah
terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung,
penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria
penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit
jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah
dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein
yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam
terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit
diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu
sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan
bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta
menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ
kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan
akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan
neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan
pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala
flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2
kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air
(vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang
paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1
(thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin,
vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu
merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria
klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12
ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan
daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah
merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit
anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Budu dan mempelam.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di
antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan
atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan
manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga
badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di
dalam badan.
Selain
pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro
dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan
magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram
budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk
isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon
juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk
menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan
atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak
berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan
tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati
berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang
terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah
pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan
terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein
dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga
antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai
sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan
lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika
Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang
terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses
penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan
salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan
lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut
aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan,
jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan
kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan
kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat
hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,
serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji
rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm
sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar
dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang
berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary
fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara
8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah
serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat
di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah
untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa
khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi
pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu
seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk
tubuh badan.
Kelemahan
Budu mempunyai bau yang agak kuat dan
kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang
agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderika sakit gaut.
Sumber : http://mrsnorhobi.blogspot.com
http://ms.wikipedia.org/wiki/Budu
No comments:
Post a Comment