Artikel Dari Sebuah Forum: KETURUNAN NIK,WAN,TUAN, CHE, TENGKU KELANTAN BERASAL DARI SYED HUSIEN JAMADIL KUBRA???
Ini plak misteri mencari Sayyid Hussein Jamadil Kubra (www.forum.cari.com/)
WonBin:
Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting
sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU
SEJARAH DI SEKOLAH.
1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.
2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.
3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.
4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.
5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.
6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.
7. Beliau ketua Wali 7.
8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi
dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah
Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo
berkumpul sebelum ke Jawa.
WonBin:
WALI 7
Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah
(bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak
dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan
Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah
sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya
Saiyid Thana’uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).
Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas,
dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri
masing-masing.
Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri
keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu
kotanya bernama ‘Jiddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut
telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali
sebagai Danau Tok Uban.
Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan
pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak
Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada
Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak
saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.
Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan
diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan
nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri
kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di
gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini ‘tersorok’ dan orang
kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas
sayup mata memandang.
Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan)
sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah
datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada
zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut
antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat
dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada
zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma
disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas
itu. Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka
merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau
ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan
Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas
Kelantan.
Semua informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi
terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data
sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun
penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh
sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut.
Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu
kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan
China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak
kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan
Richard Winsteadt.
Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga
terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak.
Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota
Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya
Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus
hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi
dari masa ke masa.
Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan
alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak
Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru
dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan
tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan
berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak
lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di
Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga
beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan
Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani
Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula
bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya
bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari
Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan
Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui
berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem
feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu
ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long
Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang
memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan
moden Long Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani
dikatakan terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang
seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.
Kota Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu.
Kota ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang
dari tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan
dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh
tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran
dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan
tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan.
Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini
dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan
ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja
Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota
Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu
berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin
semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.
Kini Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan
peninggalan kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk
memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar.
RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu.
Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong
Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah
dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor
oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk
mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk
memperisterikan Puteri Saadong.
Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang
telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini
juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di
Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota
Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung
Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja
Abdullah dan Puteri Saadong.
Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di
Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja
Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada
keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan
Raja Loyor dalam tahun 1663.
Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda
dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan
penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini
berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja
Abdullah yang tidak setia terhadap janji.
Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.
BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU
Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak..
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak
yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat
dan ahli-ahli kaji sejarah.
Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu.
Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu
Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.
Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas
kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang
menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja
Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdillah.
Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh
rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi
tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang
dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering
berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung
Ayam.
Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit
Marak masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat
baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang
dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.
Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita
yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya
diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa
kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza,
mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang
berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau
dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja
kecil yang ada diseluruh negeri.
(Brikut petikan dari: http://pkrjk.blogspot.com/2007/07/sejarah-kerabat-raja-jembal-kelantan.html)
No comments:
Post a Comment